Photobucket - Video and Image Hosting
FAIZ : AN INTRODUCTION

.: Image hosting by Photobucket:.

Charmed forever

That's what Faiz thinks of his recently reinstated blog. At the age of 23, he believes that writing is the most efficient way to express the feelings crammed inside one's heart. After the fall of his blog dominion recently, he stoutly gets up on his feet, casting a powerful spell onto his blog and here it is, a charmed blog, reincarnated from the past, brought to the present and forever lasts in the future.

Being a final year medical student himself, he can never deny the frenzied life he's currently living on but life goes on and that's it. Apart from his hectic life, he always finds the time to go on with his hobbies, netsurfing and chatting being the most prominent ones. He also enjoys hanging out with his friends, for he knows that no one can tear the beautiful friendship apart.

He can always be contacted via email hata05@yahoo.co.uk or thru his new mobile number +962776052892

p/s: only 8 most recent posts are displayed at a time but you can easily view his previous posts by clicking on the links in Faiz's Library column below

GRANDE UNION OF BLOGGERS UNITED (GUBU)

Image hosting by Photobucket

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

FAIZ'S LIBRARY
May 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007

FAIZ'S BLOG VISITORS


Friday, December 30, 2005

Filler Episode (2) : Meredah Lautan Merentas Benua


Kini tiba giliran filler episode siri ke2 di mana setiap 15 entries akan diselitkan dengan filler episode. Tapi amendenye sebenarnye filler episode ni, wat pening kepala je. Dia takde ape keistimewaan lain pun melainkan sebagai penyeri blog. Bosanla kalo asyik crite pasal kehidupan yang sama stiap hari. (FYI, filler episod season 1 adalah bertajuk nadbinti, sila rujuk archieve)


Harini nak cerita pasal konsep meredah lautan merentas benua. Haha. Nak cerita pasal ape sebenarnye? Sila lihat gambar di bawah dan boleh agak dah ok. Penjelasan selepas gambar.


Image hosted by Photobucket.com

Watak


Hata :
Seorang pelajar perubatan tahun 5 di Jordan yang berasal dari N9. Walaupun telah 5 tahun di Jordan, tetap merindukan Malaysia tanahair tercinta. Menggemari nasi lemak dan mee goreng, hata langsung tidak meminati muzik2 rock. Beliau bercita-cita ingin menyertai aktivis greenpeace setelah tamat belajar nanti. Save the whales!


Nadbest :
Lebih dikenali sebagai nadbinti di dalam internet. Merupakan pelajar perubatan di Ukraine. Berasal dari taman shukor N9. Beliau lebih suka untuk meluangkan masa beliau dengan bermain internet dan chatting bersama rakan dan taulan. Sekarang beliau sedang sibuk menghadapi peperiksaan dan bercita-cita untuk pulang ke Malaysia selepas abes state exam nanti.


Gen :
Nama diberi Halfi tetapi lebih glemer dengan nama gen kerana matanya yang berwarna kelabu. Digelar juga permata sarawak kerana umurnya yang muda (17) telah dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Meminati muzik2 rock dan punyai satu cara duduk yang pelik lagi ajaib! Meminati basketball secara total.


Zainul
Pelajar perubatan di Ukraine. Berasal dari perak dan menggemari baju yang berwarna hijau. Tidak selalu online seperti nadbest dan akan menuju ke komputer nadbest jika ingin online.


Tautan dan Kaitan


Hata dan Nadbest :
Sama sekolah di SHAMS, (hata lebih advance 1 tingkatan daripada nadbest). Telah kenal antara satu sama lain selama 8 tahun dan mula berkenalan ketika chatting di MIRC. Ditemukan semula di dalam blog wenkt dalam program jejak kasih. Mula berkenalan kali kedua setelah ditemukan.


Hata dan Gen :
Junior dan Senior. Tiada persamaan dan tiada perbedaan! Hata seringkali mengganggu gen dengan pelbagai cara dan Gen terus tabah mengharungi nasibnya sebagai junior. Baru kenal antara satu sama lain hampir tiga bulan. Ikatan persahatan kian kukuh dari hari ke hari meskipun Gen kadangkala menyisihkan Hata.


Hata dan Zainul :
Mula mengenali Zainul melalui restu nadbest 3 hari yang lalu. Seringkali dihalang oleh nadbest kita mereka ingin berkenalan dengan lebih lanjut. Namun tanpa diketahui nadbest, sesuatu telah berlaku! Tujuan hata berkenalan dengannya adalah untuk berkenal-kenalan di samping mencungkil rahsia nadbest.


Nadbest dan Zainul :
Kawan baik dan teman rapat. Zainul menjadi bahu apabila nadbest terasa memerlukan pautan ketika susah meskipun umur berbeda. Berkongsi banyak cerita dan masalah. Nadbest tetap percaya bahawa zainul tidak akan membelakanginya (but beware!.)


Nadbest dan Gen :
Diketemukan oleh Hata secara tidak sengaja pada suatu hari. Lantas Nadbest yang faseh berbahasa Sarawak kononnya cuba menonjolkan kemahirannya kepada Gen. Seringkali ingin berhubungan dengan Gen tetapi sayang kerana kurang mendapat sambutan. Gen pula lebih sibuk dengan tugasan harian dan peperiksaan sehingga kadangkala membuatkan Nadbest terasa tersisih. Hata tidak merestui perhubungan mereka.


Gen dan Zainul :
Tiada perhubungan di sini.


Masalah Yang Timbul

  • Hata sering mendapat tentangan nadbest kita ingin berkenal-kenalan dengan zainul sama ada melalui sms email atau friendster
  • Nadbest senantiasa mengambil peluang untuk berbual2 dengan Gen setiap tika meskipun mungkin hampa
  • Gen senantiasa ingin mencungkil rahsia Hata tatkala berYM bersama nadbest
  • Zainul tidak membalas SMS hata kerana telah diberi amaran oleh Nadbest
Untuk difikirkan bersama


Bagaimanakah ukhwah bakal tertaut di seberang lautan dan benua jika senantiasa ada perasaan iri dan prasangka buruk terhadap satu sama lain? Hahahaha


| baez-kun at 6:46 PM

EidulAdha Vacation


Yeah! Today pagi tagi terjaga lambat, intentionally (cuti ok), dan teruslah onkan komputer dan terus main tenet. Pastu makan jap dan terus sambung main tenet huhu. Lepastu terus pegi ke balad (city center) untuk issuekan tiket. Hehe tiket utk eid vacation la, tak sabar rasanya menghitung hari.


By the way balik rumah terus masak nasik, sambung main tenet lagi. Malam ni ada MEKAP (majlis kaunseling pelajar) dan pengisian malam ni adalah tontonan video, pastu resolusi ape yang dapat dari video tuh. Sblm MEKAP tu budak2 ahli kump aku berbondong2 datang ke rumah aku. Pastu pegi sama-sama, sempat beli kerepek dan makanan rapu yang tiada khasiatnya utk santapan perut semasa menonton video ahahaha. Sempat singgah umah gen plak, tapi dia takder, housemate dia syafiq tengah mandi, terus tak dapat sampaikan salam nadbinti padanya. PADAN!!


Pastu terus balik rumah, main google earth beramai-ramai (5 orang). Kawasan KL semua habis diexplore ahahaha. Memang best. Pastu explore amman plak, carik m-besi msia bukan main susah ibarat mengira bulu kambing biri-biri (takde kaitan pon). Pastu dah pukul 1.00am, terus berbual2 dan berkalbatan mengenang kisah lampau ngan amen dan bayam. Best. Pastu budak2 ni balik. Bayam plak terus tdo kat tilam aku, nampaknye terpaksa tido kat atas katil malam ni (tak suka tido atas katil walaupun tilam empuk hehe, tak bebas).


Pastu online tengok nadbinti masih online, zainul plak tak kelihatan, terus kecewa. Terus update blog dan terus dan tdo jap lagi huhu. Malam ni memang sgt sejuk secara luar biasa maka ingin aku membayangkan diriku di hamparan pasir di hawaii sblm tdo nanti huhu. Bye guys..


Berbalik pasal citer tiket, ada apa dengan tiketku ? *matila wenkt aku tiru teknik blurkan tiket, matilah khalikok yang ingat dia sorang gi vacation kat swiss hahaha. Jadi cubela korang teke, ke manakah aku akan bervakasi selama cuti aku utk raya haji ni (cuti 2 minggu). Ni ada beberapa clue ok?

  • Tiket ni diissuekan di Irbid
  • Tiket ni dibeli bersama 6 orang colleagues aku
  • Tiket ni bukanlah pergi ke Cairo spt yang nadbinti sangka
  • Tiket ni mungkin ke Ukraine? France? UK? Korea? Malaysia? Ahha, rahsia..Ia bermula dengan huruf A, sila zoom tiket tu sendiri
  • Tiket ni bertarikh 4th January dan kembali pada 11th January
  • Tiket ni kelas economy saje
  • Tiket ni membawa seribu makna ahahaha
The night is still young and full of promises if you do believe in it..


Image hosted by Photobucket.com


ahhaha membayar dengan cash (duit hasil campuran 6 orang)


Image hosted by Photobucket.com


Tiket pergi, destinasi telah diblurkan huhu


Image hosted by Photobucket.com


Tiket balik yang bertarikh 11 january plak..


| baez-kun at 2:18 AM

Thursday, December 29, 2005

Hello, hello, boleh cakap dengan zainul?


Hmm entry harini berkisarkan tentang telefon yang aku dah guna buat sekian lamenye. Takde la best sangat pun phone ni tapi masa memula beli dulu memang terasa canggih, tapi skarang semua orang dah pakai phone ni, malahan byk yang lagi canggih. Handset ni takde la konsep 3G pun. Memang la teramat basic. Tapi tetap NOKIA. NOKIA rules. Semenjak aku dok jordan ni dah beberapa kali gak tukar handset.

  • nokia 3210 (sejak asasi sains um)
  • nokia butterfly (punyalah mahal masa baru kuar JOD 200)
  • nokia double baby (kelebihannye radio kot masa tu)
  • samsung amender ntah (tak best langsung)
  • nokia 6610 kot (tak ingat model tp best utk tulis sms)
  • nokia yang skarang (biasa jer)
Image hosted by Photobucket.com

Karakteristik phoneku :

A : tercalar (1) sbb jatuh berderai masa kat Syria dulu
B : phone battery yang sangatla penuh sbb baru lepas 57 minit cas
C : tercalar (2) sebab berderai kali kedua
D : phone themeku : Uchiha Itachi
E : butang no 9 yang susah nak tekan, jadi susah nak tulis hurup wxyz, kene kuat2 tekan
F : yang gantung2 kat hset tu berupa cili (5 bijik). Sebenarnye 6 bijik tapi dah pecah, Hapiddah Korea yang bagi aku dipasskan melalui Kuzer masa beliau datang arietu
G : benda gulung2 yang aku pun tak paham motifnya
H : tempat sangkut tanglung cili tu pada handset yang dah nak putus, risau gak nieh
I : (tiada dlm gambar) lupa nak tunjukkan jam analog ku yang digunakan utk handset, sangat classsic ahha

Ape kegunaan telefon dan kenapa aku suka pakai handset?

1) SMS! Kat sini mmg pakai sms je, local 15 sen, int 30 sen msia. Call digunakan kalo penting sangat je haha (jap lagi nak sms zainul bukan nadbinti). Paling best bersms sblm tdo bawah selimut tebal..

2) Ambik gambar! Haha penting gak sebab takkanlah nak usung digicam ke sana sini. Walaupun hanya 1mpxl utk phone camera ni, ia tetap effisyen dlm setiap tika dan keadaan (kecuali malam). Sehinggakan ia mampu mengambil gambar donut dan gaya duduk di antara 2 sujud.

3) Tgk videoclips/dengar lagu. Owh ni kengkadang je ok sebab dah ada komp and mp3 player jadi cam kurang penting.

4) Merakamkan aksi2 tak terduga dan spontan apa2 yang berlaku disekelilingku untuk menjadi topik kalbat sejati hahaha.

5) Main game, skarang sibuk main game hset kalo boring spt dlm bus dan dlm lecture hehe

6) Last but not the least, main misscall! Tanda ingatan kasih dan sayang. Aku mmg suka miskal sesape saje hehe termasuk zainul (skali lagi bukan nadbinti)

p/s: Zainul and nadbinti adalah kedua2nya pelajar perubatan (perempuan) di Ukraine

OK tu je entry malam ni, malas nak tulis panjang2 sementelahan mata aku mengantuk sangat. (walhal telah diedit dan menjadi agak panjang). Internet malam ni agak lambat, tak tau la nape, ni lah ujian namanya hehe. Dahlah tension ngan keyboard yang makin lama makin keras pulak. Isk, terpaksa tekan kuat2 juga cam handset key no 9 tuh. Huhu. Ok kepada yang exam besok NADBINTI all the best!!


| baez-kun at 1:38 AM

Wednesday, December 28, 2005

Speechless..


Image hosted by Photobucket.com


Sisipan khas buat pelawat-pelawat blog hata05 dari Jordan, Malaysia, Ukraine, Korea, UK & Eire, Egypt, France....
Terima kasih atas sokongan....
Hayati sedikit kiasan, mudah tetapi mendalam maknanya..

| baez-kun at 12:44 AM

Monday, December 26, 2005

24 jam tanpa internet..


dunia gelap gelita
tanpa suluh purnama
seolah tiada makna


-haiku bertemakan 24 jam tanpa internet dipelajari dari nadbinti, ukraine-


Haha, semalam merupakan satu hari yang sangatlah bosan (malam) sebab tetibe je akunye adaptor utk modem terbakar. Aku macam terus berlari mengejar impian dan cita2 untuk membeli adaptor tuh (jam 10.00 malam). Aku siap naik teksi gi ke kedai elektrik, tapi tak jual. Masalahnya adalah modem ini adalah imported dan memakai 15V output. Kat sini semua 9 dan 12V jek. Aku terus tido dengan hampa.


Terjaga kol 8.50 am lantas aku melompat dari tilam sambil terus hantar sms kepada pijie kalo2 doc dah datang. Haha aku spatutnya mula kol 9. Sepantas kilat aku menyiapkan diri dan terus pegi ke Psychiatry Outpatient Clinic 1 km dari umah aku. Sampai kol 9.20 am dan doc pun sampai (seb baik dr sampai lewat). Harini sempat jumpa beberapa patients je. Nak ambik history utk orang yang ada psychotic disorder ni lame sket. Tadi ada patient yang ada mania kot. Siap nak menumbuk terajang plak haha.


Dan masa balik kelas tadi (break sejam lebih utk makan dan solat) aku terus pergi ke wasatul balad (city centre) utk mencari mendalah adaptor tu, dengan hujan dan suhu hampir sifar aku meredah kesejukan. Malahan aku hanya mampu kesal sebab memang tak jual. Sighhhh.. Terus pegi kelas. Lecture arini pasal Suicide ngan Schizophrenia. Lama plak doc mengajar sampai 4.45 mlm (dah azan maghrib).


Sampai je rumah aku telah dikhabarkan oleh Syapi dia dah try adaptor 12V dan berkesan. Ahhaha. Hatiku mulai berbunga dengan kuntuman harapan. Terus aku main tenet. Malam tadi terus tak stadi pon (trasa bersalah). Psychiatry byk kene baca sbb terms dia mmg banyak berhelai2. Isk jadi aku pun terpikir bsk nak bgn awal, tanak tdo, pastu nak stadi, itu pun tgkla, kalo cuaca tak mengizinkan (sejuk) aku akan terus berhibernasi bawah selimut ok?


Mlm sket terus gi makan manisan ngan dek am, pastu sambung main tenet (almaklumlah baru elok) pastu sempat pegi donut house ngan bebudak junior tadik sebagai supper (memula gi donut time tapi dah abes lak donut haha). Tengok2 donut ada plak prasa strawberry, terus berlagak angkuh dengan nadbinti hahahaha. Pastu terus balik rumah, main tenet lagi, pastu terus tdo. Doakan aku dapat bgn awal stadi.. Demi kemaslahatan ummat sejagat... hehehe...


Image hosted by Photobucket.com


tanpa ribut, rosak begitu sahaja!


Image hosted by Photobucket.com


modem yang basic tapi buat hal jer


Image hosted by Photobucket.com


hmm ni adalah donut2, yang segiempat sama tu strawberry, yang bulat tu blueberry, yang segiempat tepat tu coklat


Image hosted by Photobucket.com


missing in action adalah acap sebab dia ambik gambar, padan


| baez-kun at 10:59 PM

Sunday, December 25, 2005

Laundry Day


Harini sangat relaks, sepatutnya aku kene gi program kat MSD Amman namun aku tidak mahu cutiku habis begitu sahaja maka aku memanfaatkannya untuk berehat2 di rumah. Huhu. Bangun cam biasa, main tenet dan makan serta main tenet lagi.


Hari ni asek hujan sejak pagi sampai ke malam (sekarang pun masih ujan kol 1.21 am). Jadi tadi solat jama' utk zohor dan asar serta maghrib dan isya' :). Walaupun dalam serba kehujanan aku merasakan aku tidak mampu membasuh baju. Cuaca sejuk ,air sejuk ditambah lagi dengan kemalasan yang menular dalam badan aku menyebabkan aku terus ingin menghantar baju aku ke dry clean dalam 17 helai campur seluar, kemeja, white coat bla bla bla..Aku gi dry clean pun sbb nak pakai segera. Jadi mrasalah membayar JOD10 untuk baju2 tu. Nasib baik siap gosok sekali.


Hujan masih turun jadi ia menambahkan semangat aku untuk stadi. Aku pun stadi bab mood disorders (mania, depression, bipolar disorder bla bla bla) sambil mengecas handset tetiba instinct aku terasa sesuatu yang takjub bakal berlaku lantas aku bingkas bangkit melawat handset aku (atas meja). Sekali aku terus menjerit sekuat 150 desibel apabila aku lihat wayar pengecas itu sedang cair perlahan2. Haha terkene heater plak, tak perasan. Nasib baik, kalo tak boleh short circuit occay, aku terus mendengus kesal sambil mengalihkan wayar tu. Lepas tu aku terus sambung stadi.


Bila kepenatan minda aku stadi aku terus mengambil keputusan untuk keluar seorang diri membeli donut perisa strawberi di donut house untuk menjeleskan nadbinti. Best plak jalan dalam 700m, dengan angin2 yang bertiup ditambah dengan hujan yang kian lebat (aku pakai raincoat occay) dengan kegelapan malam, sorang2, terus aku insaf huhu. Sejuk giler dan aku terus kesal bile perasa strawberry dan habis. Terus beli perasa biasa dan jalan balik dan terus terserempak ngan ijat dan dek im dlm restoran, terus aku join sambil makan donut.


Pastu balik rumah, terus difollow oleh hazim acap dan ijat. Pastu berpoya2 jap pastu terus la rasa penat dan nak tido. Hujan masih turun, gayanya macam takleh main basketball (mainkah aku haha). Diorang beriya ajak tapi aku ntahlah tgk mood. Cuti takleh terbazir camtu je hahah.
OKlah, nak cek blog orang lain, baca paper online, cek emel, frenster pastu nak tdo puas2 bawah selimut. Dahla sejuk, best tdo :)


p/s: berdebar2 pagi besok tengok stokin merah yang tergantung kat cinder tuh..adakah dapat ipod nano yang kuimpikan


Image hosted by Photobucket.com


ini adalah wayar yang nyaris2 terputus!!



| baez-kun at 1:17 AM

Saturday, December 24, 2005

2nd Day Cuti


Bangun dengan penuh kemalasan hari ni. Tapi terus tergesa-gesa sbb tak lama lagi azan zohor. Ari ni solat jumaat. Sempat main tenet kejap je sejurus bangun. Pastu terus gi masjid dan terus makan tengahari. Harini makan sabanekh dajaj ma'a ruz iaitu ada hidangan nasik + ayam + telur yang masak bersama sayur + kuah + sup. Harga JOD 1.75. Bolehla, maka terus makan dengan sangat kenyang.


Pastu terus balik rumah dan main tenet lagi, best la main tenet, tatau nape. Hujan agak mendayu-dayu hari ni. Tak tau kenape, mungkin sebab malam tadi katanya nak frost tp tak turun maka digantikan dengan petang ni. Jadi aku pun cam terus kesejukan lantas senantiasa berkurungan dalam bilik.


Pastu malam tadi cam terus masak spagetti bersama syapi. Biasalah idup bujang, jadi kene tabah menempuh ranjau dalam kehidupan. Masak pun simple2, sekadar alas perut cukupla, jadi kalo nak tau resepi, sila baca entry di bawah ok?


Pastu malam sket budak2 junior ni datang saje2 meskipun diorang exam besok (good luck korang). Pastu perutku mulalah menjelmakan impian untuk menikmati donut maka aku dan syapi teruslah pegi donut house dan makan donut di sana sbg supper. Satu donut JOD 0.60 ok? Mahalla berbanding msia tapi still sangat worth it memakannya. Bukan setiap malam ok? Pastu terus balik rumah dalam renyai2 gerimis mengundang tetapi tetap tabah menempuh angin yang mengikis tulang kesejukannya.


Besok taknak gi Amman meskipun diajak gi MSD Jordan ada perjumpaan ngan chanselor aper ntah, sbb nak bercuti habis-habisan :) Berbaki 2 hari lagi cutiku sblm cuti new year 4 hari gak minggu depan :). Selamat kesejukan malam....


Image hosted by Photobucket.com


menanti makanan yang tak kunjung tiba


Image hosted by Photobucket.com


haha tiba juga sabanekh aku


Image hosted by Photobucket.com


banyak donut? bukan aku sorang makan occay, tiga orang


Image hosted by Photobucket.com


kenape kedai donut ni kosong? sape suh buat mahal2 hahaha


Image hosted by Photobucket.com


beriya l;ak buat pokok krismas palsu kat luar kedai dia



| baez-kun at 12:25 AM

Friday, December 23, 2005

Spagetti Seri Sanggar Nirmala


Bertemu lagi kita di ruangan resepi pada hari ini di mana kita akan belajar satu resepi baru iaitu spagetti seri sanggar nirmala. Cara membuatnya sangat mudah, kita cuma perlukan tenaga, masa dan kekuatan minda dan fizikal.


Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Dua bungkus spagetti
  • Satu pek bolognaise maggie
  • Daging cincang 300 gram
  • Sebentuk bawang
  • Garam dan gula
  • Serbuk lada hitam
  • Air secukupnya
  • Kuali dan Periuk serta sudip
Cara-cara membuatnya:

  • Rebus pek spagetti sehingga ia lembut dan sesuai untuk dimakan.
  • Panaskan dua camca setengah minyak masak, tumiskan hirisan bawang hindi sehingga naik bau
  • Masukkan dan gorengkan bersama 300 mg daging cincang sehingga separa masak
  • Tabur secara gerakan rawak zarah udara, serbuk lada hitam secukup rasa
  • Masukkan dua cawan setengah air suling yang suci lagi murni
  • Masukkan bersama blognaise mix maggie
  • Taburkan garam dan gula secukup rasa
  • Kacau selama sepuluh minit
  • Sedia untuk dimakan
Walaupun tampak basic namun hasilnya sangat membanggakan karena ia boleh mengenyangkan perut selama 12 jam tanpa henti. Sesuai dimakan untuk kumpulan seramai enam orang. Maka cubalah, kalau tidak anda akan menyesal :) (iklan syampoo occay)


Image hosted by Photobucket.com


inilah pek spagetti berjenama ghazal yang amatlah murah (JOD 0.50 sepek)


Image hosted by Photobucket.com


Inilah bolognaise mix maggie yang juga amat murah (tak ingatlak rege, tapi tak sampai sedinar pon)


Image hosted by Photobucket.com


Ini adalah air seven up versi arab yang diminum bersama


Image hosted by Photobucket.com


Nah inilah hasilnya spagetti seri sanggar nirmala


| baez-kun at 11:52 PM

Dapurku Terbakar Angkara Internet


Haha, takde la terbakar pun. Apa yang berlaku adalah hampir terbakar occay?? Ketika tu aku baru bangun tido dan terasa kelaparan menular ke segenap ruang pelusuk badanku lantas aku bingkas bangun ke dapur untuk makan nasi (makan tengahari occay, sarapan dah lepas). Aku pun terus memanaskan lauk semalam (berbaki ayam dua ketul). Sementelahan tu aku turut menggoreng telur di dalam kuali.


Aku pun terus menyenduk nasi ke dalam pinggan, letak ayam, letak ulam-ulaman, dan letak telur goreng. Terus makan depan komputer sambil main internet. Dalam stengah jam lepas tu aku terbau kehangitan sejati dari luar bilikku. Lantas aku jenguk ke luar dan kelihatanlah asap berkepul2 memenuhi segenap ruang rumahku termasuk ruang tamu dan tandas. Lantas aku menjerit kehairanan sambil berlari-lari anak ke dapur dan kelihatan api untuk kuali goreng telur tidak tertutup. Sudip plastik telah bengkok dan cair malahan minyak telah menjadi hitam bak arang terpalit di gigi. Aku terus merenjis2kan percikan air ke dalam kuali tersebut supaya ia cool down dan selepas itu aku terus rendam kuali di dalam singki, terus sambung makan tanpa memperdulikan asap yang berleluasa. Tapi sempat ku rakam beberapa keping gambar haha.


Pastu terus tengok movie lain plak. Bila cuti memang terasa kebosanannya. Relax sangat, takde bende sangat pun yang perlu aku studykan melainkan beberapa topic sahaja. Kebosanan itu menyebabkan aku telah tdo petang sebentar. Pastu aku pun terus bangun. Gen (dah swear tidak memanggilnya gen lagi) datang selepas isya' untuk ambik gambar mafraq arie tu. Aku pun terus menanti dengan sabar majlis ari jadi iqbal yang bakal berlangsung di rumah aku.


Pastu terus berbondong2 orang datang. Apa yang kami makan? Sandwiches, mushroom soup, coleslaw, mashed potatoes (semer home made occay?) dengan juices. Pastu terus makan sampai kenyang. Pastu aku pun terus gi umah acap junior ada program MEKAP plaks, pastu terus balik, tengok naruto kat umah aizat, pastu terus tengok movie ngan raden pastu terus balik, update blog, main tenet, tunggu nadbinti yang tak bangun tdo lagi, tunggu frost yang tak turun2 lagi (forecast kata malam ni occay), pastu terus nak berbaring dah atas tilam (malas pakai katil, tak bebas). Ok bye, besok hari Jumaat.

p/s: lupa nak cakap, harini genaplah 3 minggu tangan aku terseliuh, sakit lagi la, harini bertambah balik. isk isk, nak taip sms pun susah maaa

Image hosted by Photobucket.com

inilah kawasan tangan aku yang sakit 3 minggu tak sembuh2

Image hosted by Photobucket.com

asap mengaburi lampu tu, nampak kan kan kan? mmg penuh satu rumah tadi!

Image hosted by Photobucket.com

ini plak adalah timbunan sandwich yang berbentuk bukit di selatan china, best la sandwich ni


| baez-kun at 2:08 AM

Thursday, December 22, 2005

Xmas Holiday Yeay


Nothing much to blog about harini, tapi sangat hepi sebab dah mula x-mas holiday utk 4 hari unofficially (u know what that means rite? hahaha)


Life goes on cam biasa, bangun pagi, gi kelas, balik kelas, tido, makan, minum, berkalbat bla bla bla.. Hari ni sempat tengok satu movie The Bridget Jones Diary, lame dah cite ni tapi saje nak tengok occay?


BTW masih tak dapat hilangkan euphoric state dalam diri (baca bab psychiatry occay, matila nadbinti asik hapal fluoxetine ubat anti depressant sbb exam besok) sbb besok takyah gi kelas, nak tdo puas2 hohoho. Malam tadi beli ddram 512mb berharga JOD35. Skarang jadi 1 GHz. Apsal ek aku beli? Sebab sblm ni komp cam lambat je pakai 512mb.


Pas beli tu terus gi makan kek, tetibe la mengidam nak makan kek di mana aku makan 2 slices, 1 prase strawberry (gambar tak tersave dalam handset lak) satu lagi kek buah. Aku makan dengan penuh semangat patriotik occay?


Good luck kepada sesape yang akan mengexamkan diri, kepada yang cuti, selamat berpoya2 hahaha.


Uskudar no michi!!!


Post script : Besok nak bangun awal, sarapan best2, kemas bilik, stadi, main tenet dan penuhkan hari dengan penuh makna (seperti berkalbatan di sana sini)


Image hosted by Photobucket.com


kek buah berbentuk bulat berharga JOD0.50


Image hosted by Photobucket.com


kek coklat aizat yang sangatlah basic rasanya hahaha, padan.


| baez-kun at 2:05 AM

Tuesday, December 20, 2005

Sepohon kayu buahnya rendang...


Haha, harini tatau nak buat entry pasal ape. Asik cerita pasal kehidupan seharian agak boring gaks kengkadang, maka hari ni pun tetap nak cerita pasal kehidupan seharian. Huhuhu. Maka hari ni aku cam dah melakukan perkara yang agak berfaedah dan aku brasa sungguh gembira, on cloud nine omputeh kata. Kenape ek?

  • Pegi lecture lambat sket sbb mula lambat, jd takyah bangun awal cam biasa
  • Berjaya beli buku psychiatry dengan sangat murah
  • Makan tengahari yang best iaitu nasi malaysia
  • Giliran aku masak, aku masak ayam masak cili api dalam masa sejam, jadi giliran aku minggu ni dah abis yeay yeay
  • Aku sempat kemas rumah, vacuum ruang tamu
  • Bilikku yang ibarat tongkang pecah telah kembali teratur, bahagian rak, laci, almari, baju-baju, katil, meja komputer dan sbgnya.. bestnyeee (p/s: sblm ni bz exam)
  • Aku telah berjaya menyusun nota psychiatry dgn teratur di samping buku-buku yang terlibat. Barula tak pening.
  • Aku telah berjaya stadi satu topic dalam psychiatry. Ini adalah sangat jarang aku lakukan sbb baru je masuk posting ni 3 hari tp aku tetibe jadi bersemangat waja plak. Haha. Biasanya minggu2 last baru sibuk2 carik buku occay.
  • Hujan sepanjang hari, cuaca muram, tapi aku suka sebab sangat sejuk plus solat jama' kat masjid maghrib dan isya' sbb hujan huhuhu
  • Lepas stadi terus main internet habis-habisan malam ni. Puas sangat terutama bila tau connection ku lagi laju dpd nadbinti ukraine
  • Dan yang paling penting aku telah berjaya mengalahkan nadbinti dalam typing test dan game yang sewaktu dengannya sehingga beliau terpaksa melukut di tepian gantang occay
Kat bawah ni ada gambar exclusive pepohon tamar yang secara tiba-tiba aku perasani terdapat di sebelah klinik psychiatry itu. Aku pun cam terkesima jugak sbb betul2 depan mata. Terus mengambil gambar dengan handset. Buahnya masih belum ranum, tapi banyak occay!


Image hosted by Photobucket.com


cantila pokok kurma, tatau nape, tapi rasa takjub ngan pokok tamar


Image hosted by Photobucket.com


lihatlah buahnya yang bergentayangan di pepohon tamar itu


Image hosted by Photobucket.com


ni gambar lebih dekat lagi, siap ko, pabila dikau ranum, akan kupetik menjadi santapanku


| baez-kun at 11:31 PM

Happy Birthday Dear Iqbal


Harini adalah harijadi Iqbal Haziq Ilias, junior aku tahun dua kat sini. Hari jadi yang ke sembilan belas. Dah tua plak rupenye. Aku dan Syapi telah berkongsi untuk membeli hadiah dan kek utk dia. Maka malam tadi dalam kol 9.00pm aku dan Syapi beriya-iya dengan begitu bersemangat pergi membeli kek perisa coklat (matila nadbinti yang suka prasa strawberry), kononnya nak buat surprise party utk Iqbal. Beli yang kecik je sbb ni hanya party kecil kecilan, dengarnya ada yang gilang gemilang khamis ni hahaha. Pastu beli juice pastu beli makanan rapu yang mempunyai kadar MSG yang tinggi setinggi capaian buluh betung di danau toba.

Pastu beberape minit sblm tengah malam aku pun teruslah ngan Syapi pergi rumah dia secara rahsia demi rahsia, bukak pintu pelan2 dan terus masuk bilik Aizat. Pastu terus hidupkan lilin pastu terus panggil dia dari bilik. Masa tu tutup lampu bilik Aizat. Aizat ngan Shin Chan berasa tak keruan antara mereka sapekah yang bertuah utk memanggil Iqbal maka Aizat mengalah dan menggunakan alasan yang lojiknya rendah untuk memanggil Iqbal iaitu bertanyakan tentang pelajaran. Wahahaha.

Pastu dia pun datang tapi dia dah ternampak kamera syapi yang sungguh menonjol dari celahan pintu. Kekesalan aku tidak terduga, pastu terus menjerit surprise dan terus menyanyikan lagu happy birthday. Pastu teruslah jugak suruh dia meniup lilin serta memotong kek dan masing2 makan dengan rakusnya. Fird dan Rahmat juga turut serta. Pastu aku pun makan dengan sedikit sbb dah makan donut sebanyak 2 bijik yang berperisa custard dan coklat sblm datang tadi jadi perut aku ibarat rumen retikulum omasum dan abomasum aku telah dipenuhi oleh pepejal dan cecair yang mempunyai ketumpatan yang tinggi (apelah aku merepek ni). Pastu terus bagi hadiah kat Iqbal yang berbalut dengan balutan biru muda laut di persisiran pantai Hawaii. Pastu aku terus balik rumah takmo kaco diorang nak exam besok pastu aku terus update blog dan terus nak tdo dengan nyenyak. Moga daku dibuai mimpi nan indah malam ni.


Maka tahniah kepada Iqbal, moga dengan bertambahnya umur Iqbal, bertambahlah jua ilmu amal dan juga taqwanya. Ukhwah Selamanya....

Selamat Hari Jadi Yang Ke 19!!

Image hosted by Photobucket.com

dis is iqbal, the bufday boy occay?

Image hosted by Photobucket.com

ni la hadiah yang aku dan sapi belikan utknya, jam je pun

Image hosted by Photobucket.com

tatau nak beli hadiah ape kat kedai ni, maka aku mengambil masa yang lama nak pilih

Image hosted by Photobucket.com

inila kek kecil yang dibeli di kedai yang ada beberapa batang lilin serta payung kecil untuk menahan hujan badai yang melanda

| baez-kun at 12:45 AM

Monday, December 19, 2005

Alelbeyt University Mafraq


OK, seperti yang aku cakap sblm ni, maka pada pagi yang dingin semerbak (matilah aku ditohmah mamanori) ini aku pun terasa ingin meletak gambar2 universiti alelbeyt, kat mafraq yang tempat kitorang buat just open day tuh. Biase je tapi besar gak ah sebab terletak kat padang pasir maka satu bangunan terletak jauh dgn bangunan yang lain occay?


Maka pagi ini aku bermula dengan azam baru untuk berdedikasi dalam bidang psychiatry yang baru aku ceburi (arini mula posting baru). Maka daku pun bangun teramat awal (takde la awal sgt pun, nafsu tidurku menggunung tinggi). Maka aku sempat buat 3 reports sblm pegi kelas. Maka aku pun menunggu J.E dan Shood yang lambat gile kat duwar qubbah (sbb aku tak tau klinik tu kat mana). Tapi aku telah merasakan jauh di dasar hati aku bahawa posting kali ni agak bosan kot. Maka aku pun tertido sebentar masa dalam kelas sehingga disikui che mie sehingga aku terpana dan terus terjaga haha.


Balik terus tdo dengan kelaparan yang mendadak walaupun dah makan sandwich ayam. Aku terus kesal maka tdo selama 2 jam tanpa henti. Pastu bangun dan terus melihat fird memasak dengan penuh dedikasi masa perutku terus menyanyikan lagu rindu. Pastu terus berpoya-poya jap. Malam tadi terus berpoya2 lagi kat rumah sambil menyiapkan reports. Matila nadbinti yang ingatkan aku tak siap2 lagik. Pastu terus main tenet dan berbual2 dengan budak2 ni seperti sipuk iqbal gen nazim dan aku sendiri.


Pastu aku dengan dedikasinya menyusun file2 home videos utk kegunaan masa muka nadbinti yang mengidam utk melihatnya. Pastu send kat dia 3 gambar. Pastu terus ngantuk, dah kol 2.30 am ni pastu terus nak tdo sambil mengutarakan persoalan terakhir "mengapakah malam menjadi terlalu dingin?" yang hanya bisa dijawab oleh kuzer hahahaha.


Image hosted by Photobucket.com


motif ada dinasour kat dalam campus?


Image hosted by Photobucket.com


luas terbentang di atas padang pasir hahaha


Image hosted by Photobucket.com


westlife lala lalala


Image hosted by Photobucket.com


suka reka bentuk kelas tempat lecture dia


Image hosted by Photobucket.com


u can the the masjid... jauh maa kene jalan


Image hosted by Photobucket.com


khas untuk nadbinti occay? dia nak tgk tulisan arab. Note that ada 100cds dan 25dvds hahaha


| baez-kun at 2:10 AM

Saturday, December 17, 2005

Resepi : Burger Kilau Sahmura dan Sup Cendawan Seri Badarsila


Yer, harini kita akan belajar teknik membuat burger kilau sahmura dan sup cendawan seri badarsila (matila khalikok yang kekaguman akan nama makanan aku). Makanan ini merupakan makanan yang sesuai dimakan setiap tika, tidak kira pagi petang siang ataupun malam. Cara membuatnya adalah seperti berikut:


BURGER KILAU SAHMURA

Bahan-bahan
  • Daging burger satu lapis
  • Telur sebijik
  • Roti burger 2 keping
  • Mentimun
  • Sekeping cheese
  • Mayonis lady's choice
  • Sos cili kimball

Cara membuatnya.

  • Gorenglah daging burger hingga masak
  • Setelah hampir masak, pecahkan telur dan goreng di atasnya dan balik2kannya
  • Setelah itu letak di atas roti burger
  • Tambahkan cheese secepat mungkin supaya ia mencair di atas daging bertelur itu
  • Letakkan mayonis dan sos cili
  • Hiaskan dengan mentimun seperti hiasan badarsila
  • Sedia untuk dimakan

SUP CENDAWAN SERI BADARSILA

Bahan-bahannya

  • Periuk
  • Air
  • 2 Bungkus serbuk segera sup cendawan
  • Setin cendawan
  • Lada hitam (serbuk)

Cara memasaknya

  • Masukkan air dan didihkan
  • Letakkan serbuk sup cendawan maggie serta setin cendawan itu
  • Gaulkan hingga ia sebati.
  • Taburkan secara badarsila lada hitam itu
  • Siap sedia untuk dimakan

Jadi untuk pengetahuan korang, aku harini tak masak utk tengahari jadi terus masak makan di rumah dengan satu tekad. Harini asik hujan jerk semenjak pagi, maka sangatlah sejuk hingga menggigil femur, tibia dan fibula ku. FYI aku bgn lewat sebab nak tido puas2 huhu. Petang tadi pun hujan balik lantas solat jama maghrib dan isya' di masjid karena hujan. Pastu aku ngan budak2 ni terus ke Abu Mahmood restaurant untuk makan dan aku makan nasik oozi dengan kuahnya dan ayam panggang. Agak kenyang pula duodenum aku. Pastu aku balik rumah, main tenet, chat ngan nadbinti (matilah nadbinti kene salin lecture notes sbb tak gi kelas hahah) pastu berpoya2 dengan main tenet. Malam tadi kuar balik jap makan kuih muih yang manis giler kat kedai.

Aku sebenarnye risau giler, nak kene siapkan reports 10 tapi cam tak siap2 lagik pulak. Dahla kalo hantar lewat nanti markah exam (evaluation) akan teraffect maka aku pun amat kesal bagai sakti yang dimamah cahaya mentari. Jadi ni nak terus tdo dan bangun kol 3 besok nak siapkan. Doakan aku tabah setabah handset nokiaku yang terhempas di atas jalan raya tapi masih sihat walafiyat.

Bye guys uskudar no michi (sila tanya nadbinti maksud dia)

p/s: aku nak buat entry khas utk uni alilbeyt yg aku gi semalam, cantik gak ah uni dia tapi cam malas nak resize plak. Besok je la yer huhuhu

Image hosted by Photobucket.com

ni la burger special kilau sahmura

Image hosted by Photobucket.com

ni lak sup cendawan seri badarsila.. selamat mencuba..


| baez-kun at 11:43 PM

Friday, December 16, 2005

JUST Open Day


Salam and greetings to thee. Adapun aku sangat mengantuk sbb malam tadi tak tdo sampai la ke sekarang ( 36 hrs). Sibuk main tenet pulak almaklumla baru lepas exam. Kol 3 am smalam kawan arab aku tetiber call ajak minum kopi kat kedai dan aku pun bersetuju utk tidak menghampakan hati murni beliau. Jadi terus berpoya2 sampai subuh pastu solat pastu ready2 utk forum dan ready2 nak pegi Mafraq.


Ni actually baru balik daripada Mafraq, buat hari kesihatan kat sana, persatuan zon sana jemput. Maka pagi tadi pun kitorang pun berbondong-bondonglah pergi ke Mafraq (30 orang) dengan bas kecik (45 min perjalanan). 15 lelaki dan 15 pompuan yang pergi termasukla semua budak thn 5 dan 4 JUST plus beberapa orang budak thn 1 JUST (budak tahun 2 ada exam katanya). Dalam bus aku asik berdebar2 sbb nak jadi emcee forum, tak ready lagik, seriously haha. Tapi asik berbual ngan bayam lak. Sampai Mafraq dalam kol 8.30am. Jadi terus breakfast dulu berupakan sandwich dan secawan tea.


Maka lepas tu budak2 ni sibuk menyiapkan tempat2 pemeriksaan kesihatan plus poster-poster kesihatan yang ditampal utk menarik minat pembaca. Maka majlis pun bermula kol 9.30 am, dimulakan dengan forum yang bertajuk "Prevention is better than cure" dibarisi oleh Bayam, Bani dan Dayah. Buat kat dalam dewan besar Universiti Alilbeyt, Mafraq, cuak ah gak. Pastu forum pun bermula dan tetibe lepas sejam setengah forum pun habis dan kitorang terus tergesa-gesa ke tempat pemeriksaan kesihatan utk ready menerima pelawat-pelawat.


Maka dengan seindah biasanya kami menyediakan beberapa stesen (asing lelaki dan perempuan of course huhu). Ada stesen BMI, ada stesen vital signs (blood pressure, pulse, resp rate etc), ada stesen blood test, ada stesen urine test, ada stesen physical examination and consultation. Setiap orang jaga stesen masing2 dan as for me, aku hanya pilih blood pressure test sebab senang dan tak meleceh. Lagipun dah terlibat forum. Kebanyakan subjek normal tapi ada gak kes 150/100 mmHg tadik. Ada lebih kurang 30 pelajar lelaki Mafraq berminat utk diperiksa kesihatan mereka huhu. Pastu pemeriksaan dihentikan sbb nak solat jumaat, lepas tu lunch pastu mula balik. Aku buat blood test gak ngan physical examination (saje nyebok bila dah bosan ngan blood pressure test hahaha) . Pastu kol 3.00pm ada kesimpulan dan resolusi majlis pastu kol 4.00pm terus balik rumah.


Maka aku terus la naik coaster dengan perasaan mengantuk yang berkobar-kobar. Tapi asik berbual sepanjang perjalanan balik. Hujan turun tanpa belas kasihan kerana lebat giler pulak malam ni. Sgt sejuk tapi keadaan ni sesuai untuk kita mengamalkan teknik hibernasi yang sejati (tido). Pas balik siap2 terus gi makan ngan bayam n amen kat restoran yamani. Makan nasik beriyani hindi (matilah nadbinti yang jeles tak dapat makan). Pastu aku terus balik dalam kehujanan yang tidak henti-henti. Pastu terus main tenet pastu terus chat pastu terus nak tdo.Ni sangat mengantuk dan nak tdo sampai tengah malam. Pagi besok kene bgn awal nak buat reports utk family medicine (10 cases) yang aku tak pernah sentuh satu pun lagik. Haha.
OK uskudar no michi!!!

p/s: walaupun meletihkan, tapi JUST open day ni aku kita best giler2 :)



Image hosted by Photobucket.com


masa baru sampai universiti alilbeyt, sejuk giler tapi dok kat luar je lama giler


Image hosted by Photobucket.com


forum bertema prevention is better than cure
dari kiri : dukturah bani, dukturah dayah, yours truly and doc bayam


Image hosted by Photobucket.com


whose blood specimen is this? Ewww hepatitis B virus?


Image hosted by Photobucket.com


tengokla rambutku yang ditiup angin sepoi2 bahasa ibunda, sila zoom sndiri haha


Image hosted by Photobucket.com


Blood pressure test station


Image hosted by Photobucket.com


sape nye idea la bergambar camni, terus kesal tp tetap join haha
dari kiri : Syafiq Ali, Anhar, Yours Truly, Gen and Halim


Image hosted by Photobucket.com


sorang satu tiang occay?


| baez-kun at 7:14 PM

Thursday, December 15, 2005

Filler Episode : Nadbest And Her Susu Pekat Manis Santan Kelapa Muda


I chatted with nadbest a few minutes ago (YM) :


nad : nad tengah kesal nie..
nad : meninggalkan susu pekat manis tertonggeng di atas cawan kerana lambat sangat flow
nad : sekeluarnya ke dapor balik susu dah separuh dalam cawan
hata : hahah
nad : huhu
hata : kelakar giler
nad : kesal!!
nad : huhu terpaksa tapis balik susu 2 yg diatas
hata : padan
hata : haha
nad : kerana x mau bercampor sama nescafe


I had a good laugh today, thanks to nadbest. Well laughter is the best medicine after the stressing moments of exam. Tapi padan, saper suruh tinggalkan secara berleluasa. Ape yang nadbest lakukan adalah dengan mengambil kembali susu dalam cawan tu dan letakkan semula dalam tin kot sebab takut terbazir. Haha.

Tapi sape nadbest? diberi nama nadrah binti ramalan dan lebey glemer dengan nama nadbinti kat ukraine. Junior aku masa kat shams dulu huhu. Dok kat taman shukor, berkenalan memula dgn internet plak walaupun satu skolah. Skarang dia amek medic kat Ukraine. Dah 5 tahun tak jumpa, tapi die tetap comel cam dulu haha. Wishing u da very best of luck.

Image hosted by Photobucket.com

dis is nadbest, tapi apa kes pegang teddy bear dalam kelas???

| baez-kun at 5:55 PM

Berpoya-poya lepas exam..


Huhu aku sangat gembira. Sebab aku dah abes exam meskipun I did not do my best tadi. Yang pentingnya dah abes posting ke-2 untuk tahun 5, pasni ada posting psychiatry plak 4 minggu. Jadi hujung minggu ni aku tanak stadi malahan terus berpoya-poya sehingga ke hujung dunia huhu.

Ok berkenaan ngan exam. Malam tadi aku tak tdo bertemankan caffein sebanyak 3 gelas dan sepinggan nasi berlaukkan ayam masak lemak cili api serta tempoyak. Dengan penuh bersemangat aku sampai kat medical center kol 745. Orang pertama plak. Masuk je pintu doc terus menyambar aku dan memanggil aku duduk dalam bilik pesakit. Tak sempat letak beg pun. Pastu aku terus la ambik history dan physical exam. Dia ada gastroenteritis ngan esophageal reflux. It was OK, aku present history aku dengan tenang bagai awan gemawan diselaputi kabus jingga. Walaupun tersalah gak dlm diagnosis hahaha. Pastu aku terus balik rumah (kol 9.30 am) untuk berpoya2 sebelum oral exam kol 12.00 tengahari.

Tengah hari tu aku terus melulu ke medical center lagi skali. Dikurung dalam satu bilik, kitorang dipanggil satu demi satu. Aku orang keempat. Oral exam ni aku kantoi sket. Tanya soklan yang aku mmg tak sempat membaca maka aku pun merapu tanpa segan silu. Haha. Byk pasal antenatal care ngan vaccination plaks. Hangin btol aku. Huhu. Tapi pastu aku terus balik rumah dan berpoya2. Ni masih tak tdo lagi semenjak malam tadi, jadi aku pun terus tdo dari kol 3pm sampai la 5pm di mana aku dikejutkan oleh alarm yang membising bagai sakti. Aku pun bangun. Pastu terus main tenet.

Malam ni tak buat ape2 melainkan menolong aiman buat bahan pameran JUST kat mafraq tu. Pastu chat ngan nadbest pastu tengok citer LOST pastu update blog pastu ngantuk yang teramat dan terus nak tdo!

p/s: recommendation letter kat bawah ni tak lojik sebab dia membahasakan diri aku Dr Baherin. That's my dad laa, ntahla, aku kat sini memang dipanggil Baherin (bah-reyn diorang panggil). Tu la arab kot. Surat tu sebenarnye nak emel ke HKL sbb nak mintak buat attachment kat sana bulan 7-8 thn depan. Matilah khalikok suruh cari hotel kalo nak buat kat cardiff tak mengajak ke rumah.

p/s2: aku tak tau nak buat ape, rasa relax tahap gaban! Best sangat2! huhu

Image hosted by Photobucket.com

zoom la sendiri kalo nak baca occay


| baez-kun at 12:08 AM

Wednesday, December 14, 2005

Exam


My mood fluctuates vigorously right now - up and down. Somehow I think that I did quite well in the exam but then after rethinking about it again and again - a disaster. Time will tell. For now, let me have a long peaceful nap. :)

| baez-kun at 1:08 PM

Tuesday, December 13, 2005

Sehari Sebelum Exam


Hari ni Selasa, cuti sebab exam ari Rabu, jadi malam tadi terus la aku tido lambat kol 330 am kot stadi sket. Ni lah penat lelah perjuangan kalo baca last minute. Pastu bgn subuh kol 5.45 am terus kejut gen and afiq yang tertido mlm tadi. Gen masih marah dan kesal dengan testi aku kepadanya sehingga dia mendelete testi aku akibat salah paham dan aku pun menulisla a testimonial of apology. Sikboh marah cam ya, kamek sik bulak. Cuma mauk plente ngan miak kecik cam kitak juak. Haha faseh lak aku ckp sarawak (matilah orang yang tak percaya terutama gemalasakti) Tapi tetap padan sbb diorang terpaksa bangun gi kelas, padan sekali lagi. Malahan hset afiq berbunyi lagu jepun + omputeh yang annoying sebagai alarm. Lepas membabai diorang dengan hati yang terbuka aku pun sambung tido sampai la kol 11.00am di mana aku menjerit ketakutan sebab terlambat bangun. Aku pun terus bersiap-siap tanpa memperlihatkan riak muka bersalah di dalam cermin muka aku.


Pastu aku pun terus stadi dan stadi dan stadi. Family Medicine memangla susah, sangat banyak mende yang nak dibaca, sebab topic dia luas dan secara tiba-tiba aku berasa pasrah yang menggunung tinggi bagai gunung himalaya ditawan harimau salji. Pastu pun aku terus stadi lagi sebab pasrah.


Petang sket budak2 ni pun datang berbondong2 untuk tasjil dan aku hanya mampu mengatakan padan kepada mereka sebab perlu bersusah payah untuk tasjil (register utk second sem secara online). Ape yang susahnye adalah teknik tasjil sebegini menyebabkan perebutan kuasa antara pelajar2 perubatan bagi memilih kelas dan jadual waktu yang sesuai. Ini menyebabkan semua cyber cafe di Irbid depenuhi bagai cendawan selepas hujan (lojikkah guna peribahasa ini). Jadi budak2 ni pun membawa laptop dan wayar LAN masing2 utk disambungkan pada router internet aku. Luckily ada empat slot kosong. Jadi sebanyak 7 komputer digunakan secara serentak. Wayar pun berselirat di sana-sini dan aku hanya mampu terkesima dengan kekecohan diorang tasjil. Ada yang tutup la, ada kelas yang dah penuh lah. Sekali lagi aku dengan rasa simpati menggeleng-gelengkan kepala. Budak2 yang tasjil kat umah aku termasukla Acap Hazim Afiq Gen Faisal Munir Amir Rahman Hadi Awe

Pastu terus berpoya-poya sampai maghrib. Pastu terus gi makan kat restoran Abu Mahmood dgn budak2 ni sbb ari ni tak masak bahkan aku terus makan nasik ayam kari. Pastu terus terjumpa ramai orang melayu, pastu aku terus balik sebab nak stadi. Sambung stadi jap pastu terusla tdo dari kol 8.00pm sampai 10.00pm sebab nak stay up malam ni. Pastu aizat pun meng YM aku tanya pasal donwload lagu kat mirc tapi tak dapat2. Aku hanya mampu menunjukkan ibu jari dari jauh (tanda best atau padan) dengan perasaan gundah gulana haha. Pastu aku pun baru bangun dengan satu semangat dan azam yang baru untuk stadi dengan penuh semangat keperwiraan. Pastu aku terus update blog. Pastu aku nak gi stadi jadi byebye.

p/s : kali ni aku tak study bertemankan air gas seperti sebelum ni malahan aku telah membeli tiga bungkus moccacino (ntah aper ntah) yang 3 in 1 untuk membuatkan mata aku luas terbuka bak samudra luas terbentang.


Image hosted by Photobucket.com

aku pun beriya tolong mentasjilkan walhal hanyalah menyebok jerk dalam kekecohan itu


Image hosted by Photobucket.com

ada budak tu wayar LAN dia pendek jadi terpaksa tasjil di muka pintu meredah kesejukan. Padan acap haha


Image hosted by Photobucket.com


ada yang letak komputer tang sana, ada tang sini ada tang depan dan ada tang belakang


| baez-kun at 10:32 PM


SPELL OF DA DAY

cantik menarik tertarik kau mmg da bomb



TELL NOTHING BUT THE TRUTH


IRBID LOCAL TIME

SONORUS SPELL FROM


Last Comments Add-On by LastHalo

hata®design