That's what Faiz thinks of his recently reinstated blog. At the age of 23, he believes that writing is the most efficient way to express the feelings crammed inside one's heart. After the fall of his blog dominion recently, he stoutly gets up on his feet, casting a powerful spell onto his blog and here it is, a charmed blog, reincarnated from the past, brought to the present and forever lasts in the future.
Being a final year medical student himself, he can never deny the frenzied life he's currently living on but life goes on and that's it. Apart from his hectic life, he always finds the time to go on with his hobbies, netsurfing and chatting being the most prominent ones. He also enjoys hanging out with his friends, for he knows that no one can tear the beautiful friendship apart.
He can always be contacted via email hata05@yahoo.co.uk or thru his new mobile number +962776052892
p/s: only 8 most recent posts are displayed at a time but you can easily view his previous posts by clicking on the links in Faiz's Library column below
Prologue : Ramadhan tiba lagi setelah setahun berlalu. Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk sekali lagi mengecapi nikmat Ramadhan, bulan yang dilipatgandakan segala amalan, bulan di mana ditutup serapat-rapatnyapintu neraka, dibukakan seluas-luasnya pintu syurga, bulan yang penuh dengan seribu satu nikmat dan barakah...
Tahun ni merupakan tahun kelima aku berpuasa di perantauan. Hmm, 5 tahun lamenye tak rasa berbuka di Malaysia, lima tahun tak bertarawih di Malaysia, dan yang paling penting, 5 tahun tak berpuasa bersama keluarga di Malaysia. Kalau dibandingkan sambutan ramadhan di Jordan dan di Malaysia, memang banyak sungguh bezanya, dari segenap segi. Antaranya termasuklah
1) Waktu berbuka di Jordan = 5.00 pm dan imsak 4.15 am, manakala di Malaysia waktu berbuka pada jam 7.00 pm dan imsak pada jam 5.30 am
2) Tiada bazar/pasar ramadhan di Jordan, manakala di Malaysia dapat kita lihat deretan kedai2 yang menjual aneka lauk pauk dan kuih muih
3) Di Jordan, selepas azan isya', diberikan masa selama setengah jam untuk berehat sebelum solat tarawih 8 rakaat, manakala di Malaysia kebiasaannya, solat Isya' dilakukan sejurus selepas azan Isya' dengan 10 rakaat (plus bacaan antara solat yang tidak terdapat di sini)
4) Jemaah solat penuh dalam masjid di Jordan manakala di Malaysia empat ke lima baris saff sahaja untuk solat tarawih
5) Di Jordan, para pelajar memasak sendiri makanan berbuka satu atau dua juadah dikira memadai, tanpa kuih muih dan tanpa moreh, manakala di Malaysia, masakan dimasak oleh ibubapa, atau dibeli di kedai, dengan hampir 10 juadah, pelbagai jenis minuman dan kuih muih
6) The upmost important difference... Di sini berbuka dengan kawan-kawan serumah, di Malaysia dengan keluarga tercinta...
Tak terasa sangat pun berpuasa kat Irbid ni, sedar tak sedar dan 15 ramadhan dah. Lapar dan dahaga memang tak rase sebab kat sini dah mula nak masuk winter, waktu berpuasa pun sekejap je. Hujung-hujung minggu pulak , adalah jugak para siswi yang rajin menjual kuih muih utk santapan sblm berbuka, rasa jugaklah kuih Malaysia, takde la rindu sangat! Kat sini berbuka memang ala kadar. Kelas sampai pukul 3 pm, jadi tak sempat sgt masak, kalo satu lauk tu pun memang memadai sungguh, siap bawak ke sahur lagi :)
Kat sini selepas tarawih setiap malam (biasanya tamat jam 8.00pm) ada kumpulan2 tadarus yang dibentuk untuk komuniti Melayu kat sini, kemuncaknya adalah khatam al-Quran di akhir Ramadhan nanti. Hujung-hujung minggu pulak ada kuliah ramadhan. Terisi jugak la Ramadhan kat sini, ihya' ramadhan!
Konklusinye, kat mana-mana sambut ramadhan pun same je, kat luar negara ni mengajar kita untuk lebih tabah dengan berjauhan dari keluarga dan sebagainya. Tetapi yang pentingnya kat sini, penghayatan ramadhan tu sendiri dalam diri kita :)
Selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua! Kullu sanah waantum bikher!