| ||||||||||||||||||
|
Majlis Khatam Quran dan Berbuka Puasa Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) ari ni menganjurkan program berbuka puasa dan khatam quran hari ni, melibatkan semua penduduk Malaysia kat Irbid ni. Program ni bertempat kat dewan makan Al-Farabi, Universiti Yarmouk. Dalam tentatif program, mula pukul 2.45 pm sbenarnya (sejurus selepas solat asar) sebab ada program khatam quran skali tapi ntah nape sampai kol 3.30 pm pun orang tak datang2 lagi, last2 pukul 4.00 pm baru mula hehe (tunggu ketibaan pengarah MSD Jordan). Ada bunga telur cam kat Mesia masa buat majlis khatam quran ni. Lepas program khatam quran ni ada perasmian Majlis Kaunseling Pelajar (MEKAP), tapi aku pun tak tau sgt ape kah program sbenarnye program ni, tengok je la nanti,curious gak *curiosity kills the cat.. Ada ucapan sket dari Pengarah MSD, pastu buka pose!! Tak semua pun datang, ada yang ada hal la, itu lah ini lah, walhal makan bukanla lame sangat, datang makan berbuka tak sampai sejam pun! Makanan ringan termasukla kurma dan kuih burger Malaysia (yang dalam dia inti ikan bilis tuh). Cadangan memula nak tunggu bubur lambuk siap, jadi solat maghrib dulu baru makan makanan berat, tapi skali plak ada pengumuman makan je nasik tuh, ape lagi, maka makanla kami dengan rakusnya hehe. Lauknya arie ni ayam masak merah, dan ruz mandee (nasik mandee) dan sket sayur. Best la, terer chef dier masak walaupun bulan puasa nie (chef dia lelaki, harap maklum). Abis makan bergambar2 jap pastu balik, masa balik tengok bubur lambuk baru sampai, alamak, kesiannye pd mereka yang penat2 masak, jadi kene bungkusla dan agihkan kat rumah2 sekitar Irbid nie. Dah pengakhir ramadhan rupernye, camane diri kita ek?? bace quran ade yang sempat tido (lakonan semata²) haha makanan VIP yang lagi best makanan budak2 yang simple hehe lepas habis makan, saje² bergambar, tu ada bunga telur kat tepi
| baez-kun at 12:25 AM
Comments:
Post a Comment
|
| ||||||||||||||||
hata®design |