![]() | ||||||||||||||||||
|
Hari Raya Pertama Salam aidilfitri kepada semua. Dah 3 hari tak update blog, busy menyambut hari raya aidilfitri di Jordan (takdela busy sgt pun sebenarnye). Hari raya di Jordan ni disambut dengan meriah jugakla, bukan oleh orang jordan sendiri tapi pelajar Malaysia yang duduk kat Jordan. Pagi tu solat raya pukul 7.00 am, awal, sbb subuh pun masuk awal kol 4.30 am! Takbir arab takde la berlagu-lagu macam kat Malaysia ni. Abis khutbah raya pastu beramai-ramai bergambar kat masjid. Abis solat raya terus ke rumah budak2 ni, sempat pergi 2 rumah je sebab nak bertolak ke MSD. Dua bas besar dan satu coaster disediakan! Aku naik bas besar je, duduk sebelah nazim. Kalau naik coaster tak dapat tido. Sampai MSD dalam pukul 1230 pm lebih kurang. Dah mula ramai. Budak2 dari Mafraq dah sampai awal. Macam-macam makanan disediakan. Ada nasi impit, kuah kacang, mee sup, kuah lodeh, rendang, ayam masak merah, nasi dan yang paling penting satay ayam dan daging. OKlah jugak makanan yang dihidangkan, best jugakla. Sampai rumah dalam pukul 4.30 pm kot. Tergesa-gesa menyiapkan rumah sebab kitorang buat rumah terbuka gabungan Bayt Senior (umah aku), Bayt Oasis (umah bayam) and Bayt Rokkho' (umah aizat). Kitorang jemput semua budak Irbid (lelaki) datang malam tu dengan dua fasa. Fasa pertama utk golongan lama, fasa kedua utk bebudak baru. Takut kalau serentak, tak muat rumah! Takde pun masak byk sgt, masak benda-benda basic cam nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, roti jala, kari ayam, rendang ayam, rendang daging dan kuih muih. Walaupun penat tapi puas hati jugakla sebab semua dapat makan! Malam tu tido nyenyak selepas seharian beraya sakan kat perantauan! Besok nak pergi umah terbuka budak2 junior plaks. ![]() gambar dengan imam masjid dan budak2 msia, carikla mane aku hehe ![]() ni bergambar sblm pergi MSD ![]() kat MSD, satay dia best walaupun mee sup dia agak basic hehe ![]() antara hidangan kat MSD ![]() p/s: rambut panjang tak sempat gunting sebab kedai dah tutup utk raya ![]() with hazim and faisal, junior kat sini ![]() depan pintu masuk MSD, tengah2 tu atache pendidikan MSD n his wife ![]() suasane umah terbuka kitorang ![]() antara hidangan yang kami sajikan -end of part one-
| baez-kun at 11:53 PM
Comments:
Post a Comment
|
| ||||||||||||||||
hata®design |