| ||||||||||||||||||
|
Majlis Perjumpaan Bersama Timbalan Pengarah JPA Malam tadi ader perjumpaan dengan YB Dato' Haji Abdul Wahab Mulajat, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam dan delegasi. Majlis cam biasa jer, ada makan, ucapan presiden persatuan pelajar, ucapan Dato' ngan sesi interaktif antara pelajar-pelajar tajaan ngan delegasi. FYI, ada 83 pelajar tajaan JPA yang ambik perubatan dan pergigian kat cni. Semua sekali termasuk MARA, JAIS dan private ade la lebih kurang 100 orang budak medic malaysia kat irbid, ramai gak tuh. Masa majlis tadi budak2 asik menekankan tentang naiknya biasiswa, tapi ntahlah, jawapan dato' macam kurang memberansangkan, dan aku rase pun peluang nak naik biasiswa kecik giler. Hmm takper2, aku akan terus tabah dalam menghadapai tohmahan kuzer dan wenkt. Matila kedua2nya haha. Adapun tadi aku jadi emcee yang poyo di mana aku telah tersebut dengan salahnya beberapa perkataan. Sekali sekala tersasul. Aku harap budak2 ni tak peka dan tak perasan, kalo tak akan terus ditohmah. BTW, aku memang terkesima bila aku duduk meja VIP tadik. Haha. Walhal aku mane ade dah pegang jawatan2 dalam persatuan ni. Terus terharu sambil makan makanan yang best. Tadi ada nasik, ada ayam biasa, ada kambing bakar, ada ayam rempah, ada sayur2, ada kebab dan lain. Puas giler makan tadi. Kenyang sangat sangat sampai rasa nak ponteng kelas je besok haha. Mula majlis tadi lebih kurang dalam kol 6.00 pm abes dalam kol 10.00 pm. Buat kat dewan makan andalus el-kubra (matilah kuzer yang ingat irbid kuno takde dewan haha). Habis tadi terus bergambar, terus bual2 jap terus naik coaster balik, terus rasa mengantuk. Pastu aku terus hangin sebab gigi aku sakit tak tentu pasal. Tak tau sebab ape, jadi terus makan panadol. Malam ni aku kaco dek ap yang sibuk msg ngan seseorang. Patutla dia malas reply mesej aku, ruper2nya sibuk layan orang lain. Aku terus kesal menyebabkan aku menamatkan entry aku pada kali ini dengan prinsip hukum newton ketiga. Ok selamat malam kepada semua! mrasalah tgk name aku tercatat atas meja VIP dengan tak semena2 haha, terpaksa la duduk cni haha lagi ni la YB Dato Abdul Wahab Mulajat me yang sedang makan dengan tertib sambil mengunyah tanpa membuka mulut sebanyak 33 kali di hadapan vips mrasalah tgk budak2 jpa lelaki dari 1st hingga 5th batch, aku kat tengah2 gambar ni saje2 letak, bosan, nak tunjuk kat kuzer dewan makan irbid yang takdela kuno sgt haha kat luar dewan dalam kepanasan malam (btw malam ni mmg panas la)
| baez-kun at 12:18 AM
Comments:
Post a Comment
|
| ||||||||||||||||
hata®design |