![]() | ||||||||||||||||||
|
Persiapan Raya Jordan menyambut Aidilfitri pada hari Khamis. Jadi sebelum raya kenelah kemas2 dulu rumah, masak-masak sikit dll. Pagi tu pergi balad (city center) membeli langsir, dah lame tak tukar langsir baru, teknik yang digunakan kali ni ialah langsir bilayer dua lapisan, ada lapisan jaring belakang dan lapisan depan. Pastu kemas2 rumah sket, susun2 perabot etc. Rumah aku bergabung dengan 2 rumah lagi utk buat rumah terbuka malam hari raya pertama. Bile gabung 3 rumah maka macam2 la menu. Ada yang masak kuah lodeh, nasi impit, kuah kacang, rendang, roti jala, kari etc. Penat memangla penat tapi seronok dan puas hati bile dah siap :). Rumah aku masak rendang ngan kuah kacang. Pagi tu pegi balad beli 4 kg daging berharga JOD 12.00 (JOD 1 = RM 5.40), beli cawan2 dan pinggan2 plastik. Sebab orang yang datang nanti ramai lebih kurang ada 70++ pelajar lelaki kat Irbid ni. Malam ni jugak ada takbir. Memula buat kat masjid. Takbir arab biasa je, takde lagu pun, monotonous. Jadi bile diorang dah abis takbir kitorang pun ambil alih, takbir Malaysia yang mendayu-dayu. Sedihla jugak. Pastu kitorang dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan nak pergi takbir ke rumah2 terutama rumah budak perempuan sbb diorang tak takbir kat masjid, jadi kumpulan aku dalam 7 orang pergi ke 5 rumah budak perempuan kat Duwwar Qubbah. Kenyang giler perut makan hidangan2 yang dihidangkan selepas takbir tuh. Ni dah nak tido, esok pukul 7 dah mula solat raya, pastu terus ke MSD ada sambutan hari raya.
![]() beli langsir kat kedai nie ![]() daging lembu fresh 4 kg nak buat rendang ![]() proses membasuh daging ![]() tengah tumbuk kacang nak buat kuah kacang ![]() masa takbir kat masjid ![]() masa takbir kat rumah budak perempuan
| baez-kun at 1:24 AM
Comments:
Post a Comment
|
| ||||||||||||||||
hata®design |