| ||||||||||||||||||
|
Rumah Terbuka Lagi Another rumah terbuka oleh pegawai-pegawai kedutaan Malaysia kat Jordan. Harini, kitorang pergi ramai-ramai ke rumah terbuka En Syahrizan, Setiausaha Kedua Kedutaan Besar Malaysia di Jordan. Rumah pegawai-pegawai kedutaan mmg besar dan cantik, 4 tingkat lagi huhu. Bertolak ke Amman mubasyaratan (terus) lepas solat Jumaat. Tak ramai pun yang pergi kali ni, ada yang ada exam dan lain-lain. Satu coaster dari Irbid. Sampai ke rumah En Syahrizan dalam jam 2.30pm kot dan terusla makan, lapar giler tak sarapan pagi tadi. Menu yang dihidangkan termasuklah nasi ayam, rendang, pulut kuning, mee jawa, mee sup dan lain2. Best dan mengenyangkan, aku sampai 4 kali makan huhu. Selain tu ade gak kuih-muih hari raya. Tak terbilang banyaknya. Memang best. Bertolak balik lambat sgt, lepas azan Isya' baru bertolak balik. Penat gile la pulak, dah la naik coaster enggak selesa dong! Sampai rumah dalam kol 7.45 pm kot. Letih, terus balik rumah, pastu terus baring atas katil 5 minit, pastu terus gi rumah Dek Am, ada latihan nasyid bla bla bla untuk Majlis Hari Raya PERMAI Jumaat ni. Pastu balik rumah terus tengok charmed pastu terus main internet jap, pastu terus masuk selimut pastu terus main handset jap, pastu terus tido dengan lenanya sebab kepenatan sehari suntuk! Besok mula posting baru (Family Medicine) utk empat minggu. Malasnye la dah mula kelas, baru je cuti kejap... Semoga diri aku tabah menempuh ranjau berduri dalam kehidupan! masa nak ambik nasik ayam ni adalah mee sup sayang baby! kacukan arab-melayu (isteri org syria, suami orang msia). Nama dia Tasneem en syahrizan yang berbaju melayu biru kat tengah2 tuh kat depan umah en syahrizan sblm balik. Ni la pokok tamar maa
| baez-kun at 1:04 PM
Comments:
Post a Comment
|
| ||||||||||||||||
hata®design |