Filler Episode (2) : Meredah Lautan Merentas Benua
Kini tiba giliran filler episode siri ke2 di mana setiap 15 entries akan diselitkan dengan filler episode. Tapi amendenye sebenarnye filler episode ni, wat pening kepala je. Dia takde ape keistimewaan lain pun melainkan sebagai penyeri blog. Bosanla kalo asyik crite pasal kehidupan yang sama stiap hari. (FYI, filler episod season 1 adalah bertajuk nadbinti, sila rujuk archieve)
Harini nak cerita pasal konsep meredah lautan merentas benua. Haha. Nak cerita pasal ape sebenarnye? Sila lihat gambar di bawah dan boleh agak dah ok. Penjelasan selepas gambar.

Watak
Hata :
Seorang pelajar perubatan tahun 5 di Jordan yang berasal dari N9. Walaupun telah 5 tahun di Jordan, tetap merindukan Malaysia tanahair tercinta. Menggemari nasi lemak dan mee goreng, hata langsung tidak meminati muzik2 rock. Beliau bercita-cita ingin menyertai aktivis greenpeace setelah tamat belajar nanti. Save the whales!
Nadbest :
Lebih dikenali sebagai nadbinti di dalam internet. Merupakan pelajar perubatan di Ukraine. Berasal dari taman shukor N9. Beliau lebih suka untuk meluangkan masa beliau dengan bermain internet dan chatting bersama rakan dan taulan. Sekarang beliau sedang sibuk menghadapi peperiksaan dan bercita-cita untuk pulang ke Malaysia selepas abes state exam nanti.
Gen :
Nama diberi Halfi tetapi lebih glemer dengan nama gen kerana matanya yang berwarna kelabu. Digelar juga permata sarawak kerana umurnya yang muda (17) telah dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Meminati muzik2 rock dan punyai satu cara duduk yang pelik lagi ajaib! Meminati basketball secara total.
Zainul
Pelajar perubatan di Ukraine. Berasal dari perak dan menggemari baju yang berwarna hijau. Tidak selalu online seperti nadbest dan akan menuju ke komputer nadbest jika ingin online.
Tautan dan Kaitan
Hata dan Nadbest :
Sama sekolah di SHAMS, (hata lebih advance 1 tingkatan daripada nadbest). Telah kenal antara satu sama lain selama 8 tahun dan mula berkenalan ketika chatting di MIRC. Ditemukan semula di dalam blog wenkt dalam program jejak kasih. Mula berkenalan kali kedua setelah ditemukan.
Hata dan Gen :
Junior dan Senior. Tiada persamaan dan tiada perbedaan! Hata seringkali mengganggu gen dengan pelbagai cara dan Gen terus tabah mengharungi nasibnya sebagai junior. Baru kenal antara satu sama lain hampir tiga bulan. Ikatan persahatan kian kukuh dari hari ke hari meskipun Gen kadangkala menyisihkan Hata.
Hata dan Zainul :
Mula mengenali Zainul melalui restu nadbest 3 hari yang lalu. Seringkali dihalang oleh nadbest kita mereka ingin berkenalan dengan lebih lanjut. Namun tanpa diketahui nadbest, sesuatu telah berlaku! Tujuan hata berkenalan dengannya adalah untuk berkenal-kenalan di samping mencungkil rahsia nadbest.
Nadbest dan Zainul :
Kawan baik dan teman rapat. Zainul menjadi bahu apabila nadbest terasa memerlukan pautan ketika susah meskipun umur berbeda. Berkongsi banyak cerita dan masalah. Nadbest tetap percaya bahawa zainul tidak akan membelakanginya (but beware!.)
Nadbest dan Gen :
Diketemukan oleh Hata secara tidak sengaja pada suatu hari. Lantas Nadbest yang faseh berbahasa Sarawak kononnya cuba menonjolkan kemahirannya kepada Gen. Seringkali ingin berhubungan dengan Gen tetapi sayang kerana kurang mendapat sambutan. Gen pula lebih sibuk dengan tugasan harian dan peperiksaan sehingga kadangkala membuatkan Nadbest terasa tersisih. Hata tidak merestui perhubungan mereka.
Gen dan Zainul :
Tiada perhubungan di sini.
Masalah Yang Timbul
- Hata sering mendapat tentangan nadbest kita ingin berkenal-kenalan dengan zainul sama ada melalui sms email atau friendster
- Nadbest senantiasa mengambil peluang untuk berbual2 dengan Gen setiap tika meskipun mungkin hampa
- Gen senantiasa ingin mencungkil rahsia Hata tatkala berYM bersama nadbest
- Zainul tidak membalas SMS hata kerana telah diberi amaran oleh Nadbest
Untuk difikirkan bersama
Bagaimanakah ukhwah bakal tertaut di seberang lautan dan benua jika senantiasa ada perasaan iri dan prasangka buruk terhadap satu sama lain? Hahahaha