Laundry Day
Harini sangat relaks, sepatutnya aku kene gi program kat MSD Amman namun aku tidak mahu cutiku habis begitu sahaja maka aku memanfaatkannya untuk berehat2 di rumah. Huhu. Bangun cam biasa, main tenet dan makan serta main tenet lagi.
Hari ni asek hujan sejak pagi sampai ke malam (sekarang pun masih ujan kol 1.21 am). Jadi tadi solat jama' utk zohor dan asar serta maghrib dan isya' :). Walaupun dalam serba kehujanan aku merasakan aku tidak mampu membasuh baju. Cuaca sejuk ,air sejuk ditambah lagi dengan kemalasan yang menular dalam badan aku menyebabkan aku terus ingin menghantar baju aku ke dry clean dalam 17 helai campur seluar, kemeja, white coat bla bla bla..Aku gi dry clean pun sbb nak pakai segera. Jadi mrasalah membayar JOD10 untuk baju2 tu. Nasib baik siap gosok sekali.
Hujan masih turun jadi ia menambahkan semangat aku untuk stadi. Aku pun stadi bab mood disorders (mania, depression, bipolar disorder bla bla bla) sambil mengecas handset tetiba instinct aku terasa sesuatu yang takjub bakal berlaku lantas aku bingkas bangkit melawat handset aku (atas meja). Sekali aku terus menjerit sekuat 150 desibel apabila aku lihat wayar pengecas itu sedang cair perlahan2. Haha terkene heater plak, tak perasan. Nasib baik, kalo tak boleh short circuit occay, aku terus mendengus kesal sambil mengalihkan wayar tu. Lepas tu aku terus sambung stadi.
Bila kepenatan minda aku stadi aku terus mengambil keputusan untuk keluar seorang diri membeli donut perisa strawberi di donut house untuk menjeleskan nadbinti. Best plak jalan dalam 700m, dengan angin2 yang bertiup ditambah dengan hujan yang kian lebat (aku pakai raincoat occay) dengan kegelapan malam, sorang2, terus aku insaf huhu. Sejuk giler dan aku terus kesal bile perasa strawberry dan habis. Terus beli perasa biasa dan jalan balik dan terus terserempak ngan ijat dan dek im dlm restoran, terus aku join sambil makan donut.
Pastu balik rumah, terus difollow oleh hazim acap dan ijat. Pastu berpoya2 jap pastu terus la rasa penat dan nak tido. Hujan masih turun, gayanya macam takleh main basketball (mainkah aku haha). Diorang beriya ajak tapi aku ntahlah tgk mood. Cuti takleh terbazir camtu je hahah.
OKlah, nak cek blog orang lain, baca paper online, cek emel, frenster pastu nak tdo puas2 bawah selimut. Dahla sejuk, best tdo :)
p/s: berdebar2 pagi besok tengok stokin merah yang tergantung kat cinder tuh..adakah dapat ipod nano yang kuimpikan