![]() | ||||||||||||||||||
|
Tanganku patah angkara "dia" Untuk pengetahuan semua, aku telah mengalami keseliuhan sendi dan otot tanggal hari Khamis lalu sebenarnye. Dah lamer dah tapi sampai sekarang masih tak baik2. Inilah balasannye huhu. Camane leh jadi ek? Masa tu tengah warm up dlm kelas street fight nih, masa buat push up, aku dengan perasan kuatnye cubelah menggunakan 3 jari (campur dua tangan jadi 6 jari). Malang tidak berbau, terjatuh lantas tangan aku terseliuh, Aku menjerit di dalam hati aku haha. Nak jerit kuat-kuat nanti agak seswatuh. Jadi kesakitan aku pun berterusan sampai ke hari ni. Tangan aku yang terseliuh tu adalah ibu jari kanan tangan aku. Aku takut scaphoid bone aku retak ker etc. Tapi boleh gerak cuma sakit pabila digerakkan. Balik drpd kelas tu terus aku balik rumah naik taxi. Bahkan teksi tu terlanggar orang yang tengah jalan kaki. Seb baik masa tu dia bawak perlahan, akibatnye mereka bergaduh sambil menjerit2 dan aku hanya mampu duduk memerhati sambil snap gambar yang tak best. Kesian yang kene langgar tu, malahan terus jalan terjengket2 setelah dilanggar dengan kejam. Cuak gak haha. Turun teksi terus meluru ke rumah Akmal. Dengarnye dia seorang yang pandai mengurut. Maka pada malam itu sahaja aku telah diurut oleh 4 orang tok guru termasuklah Rahhim, Akmal, Aiman dan Hazim. Hazim yang persistently urut aku 3 hari berturut2 haha. Walaupun menyeksakan namun aku perlu tabah dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan aku di muka bumi ini. Namun dalam ketabahan aku, aku telah dipadani oleh Khalikok yang menyebabkan aku menangis teresak2 . Dia mengatakan "padan, mrasalah ko dipadani". Tiada rasa simpati pun lahir dari hatinya yang kudus itu haha.
Post script : Sebenarnye tak tau nak cerita pasal aper, nantila aku buat entry khas pasal turkey last summer masa aku pergi. ![]() aku tengok balik hset ada orang snap gambar ni lak tanpa aku sedari haha, yang sedang mengurut adalah aiman, buat peace tuh akmal ![]() mrasalah tengok pemandu taxi yang tak ngaku salah. tapi gelap giler gambar ni
| baez-kun at 5:15 PM
Comments:
Post a Comment
|
| ||||||||||||||||
hata®design |