![]() | ||||||||||||||||||
|
Wut's so great about this book? Makluman : Aku terpaksa snap gambar pakai phone camera sebab aku nyer usb utk digicam telah hilang dimamah zaman! Hmm pagi ni macam biasa ada seminar, ada rounds and ada lecture. Aku cam tak bermaya jer pergi kelas mengenangkan exam aku yang hampir tiba lagi 2 hari *matilah aku yang tak habis2 baca sebab asyik main tenet. Balik dari kelas aku terus berlari sepenuh hati ke kedai untuk membeli sebanyak 13 bilah peha ayam untuk dimasak. Arie nie giliran aku masak lak dan dengan penuh kemalasan aku masak ayam lemak cili api yang tak pedas (cili api tak pedas) setelah aku tido petang selama 58 minit 32 saat. Lepas makan malam tadi aku terus meluru ke rumah dak pompuan, ada mesyuarat untuk forum. Forum ni adalah forum kesihatan yang akan di buat di district lain (mafraq) kat Jordan ni sebab dijemput plak. Jadi ada empat orang, termasuk sorang pengerusi forum. Disebabkan aku seorang je ada exam (prog tu jumaat), maka aku pun dengan beriya2nya menawarkan diri aku jadik pengerusi forum jek, haha, takyah susah2 carik bahan, nak exam maa. Maka ahli forum lain termasuklah bayam, puteri dan hidayah. Maka setelah habis berbincang, maka genaplah jua 8 bentuk sandwich yang aku makan kt rumah tu berserta 2 cangkir setengah jus oren. Pastu aku pun balik rumah dengan berjalan agak laju, balik terus berbincang dgn che mie ngan pijie pasal presentation besok. Dammit, aku tak ready lagi. Aku pun berhasrat untuk buat cincai2 je pagi besok, semoga lidah aku dapat bertutur dengan penuh keceriaan pagi besok occay. Maka lepas tu aku pun lepak umah abg zul sambil berkalbat2 sikit, pastu aku balik. Dah kol 11.00 pm lak masa tu, jadi aku terus bukak tenet dan chat ngan khalikok *matilah khalikok yang menohmah perkerti aku. Pastu aku pun nak update blog sebab nak stadi kol 12 ni. Pastu aku pun nak tutup komputer sebentar lagi, pastu aku pun mengucapkan selamat malam pada semua, berpisah kita sementara... P/s 1: 3 gambar di bawah ada kisah tersendiri. Yang buku tu adalah buku clinical medicine yang sangatlah basic lagi simple. Untuk rujukan pantas. Tapi yang aku kagum , semua consultant yang ternampak aku pegang buku ni pasti akan tengok lantas terpempan akan kebestaan buku ni sambil mengatakan Heluw (bagus). Semua puji bagus utk quick revision tapi aku rasa sangatlah basic. Siap ada yang tanya aku beli kat mane plak. Huhuhu.
Bye bye ![]() hanyalah setebal 400ms dan sangatlah simple ![]() ni isik dalam dia yang agak tak menarik ![]()
| baez-kun at 11:45 PM
Comments:
Post a Comment
|
| ||||||||||||||||
hata®design |