Well guys, cube teke ape yang spesial sangat pada gambar yang aku letak kat atas ni. Maka akan nampaklah sepinggan daging bakar dan kebab yang aku ambik masa tengah makan kat Ad-Dahn Restraunt back in Cairo. Maka untuk pengetahuan korang, gambar di atas adalah gambar ke 10,000th aku yang aku snap pakai kamera yang sama. Aku agak kesal gak memula, sebab memang aku dah bajet cantik nak bagi letak gambar yang sangat memorable utk gambar ke sepuluh ribu ni tapi sayang, manusia hanya mampu merancang ok. Balik2 rumah, aku tengok dah 10003 keping gambar (dia catat pada file gambar tuh). Terus aku berguling2 kesal. Tapi gambar makanan pon best jer. Tak kisah lah. Looking fwd kepada gambar ke 11111th aku lepas ni ehehe.

Btw aku mengambil gambar2 aku hidup kat Jordan ni semenjak hujung tahun 2002 menggunakan sony cybershot p8 yang mana skarang harga dia dah murah giler! Sebelum tu guna kamera filem sajer ok! Overall meskipun hanya 3.2 mpxl, aku tetap puas hati. Kamera ni dah banyak berjasa, dan aku sangat terhutang budi ok huhu. Majulah sony utk sistem gambar digital!
Btw hari ni hidup aku berterusan cam biasa, cadang nak bangun awal nak stadi tapi tengok2 jam dah tengahari gak. Psychiatry aku sangat tak minat ok. Penat je mata aku bile tengok buku psychiatry. Tak sabar nak masuk posting baru lepas ni! Anyway exam aku akan mula minggu depan, tak tetap lagi hari apa mungkin Isnin mungkin Selasa. Takut dan sangat berdebar2 nie! Dahla kene hantar 5 reports untuk psychiatry department. Argh tak tertahan bahu ini memikul! Tapi sempat blogging ok! Huhu
Well, bende lain adalah aku sangat looking fwd kepada net conference GUBU (Grande Union of Bloggers United)yang kedua. Pada masa ni, kami akan bincangkan sapekah dia GrandMaster GUBU (Presidente) dan aktiviti2 GUBU (tanakla sekadar bual2 kosong eheh). Yahoo Groups GUBU dah ditubuhkan dan tadi dah dapat invitation utk join Yahoo Groups. Jadi dengan sukacitanya, aku mengiklankan kepada sesaper yang nak join, sila hantarkan emel anda kepada gubu2006@yahoo.com. Penyertaan terbuka kepada semua bloggers dan blogders (blog readers) walau di mana anda berada. :)
Btw gambar ni pulak adalah khas untuk nadbinti dan miruL, my new online frens (kecuali nadbinti penah jumpa masa skolah dulu). Supportive, lawak dan best! Huh. Gambar ni adalah sebagai wish aku kepada korang yang nak gi jalan2. Nad ke odessa then kyiv while miruL akan ke ivov! Wishing u guys a pleasant journey. Gonna miss u guys. Btw sila bawak cenderamata untuk aku ok! wahaha..
Ok memandangkan kelebatan hujan tiada tara di luar, dan memandangkan hari kian sejuk dan memandangkan mataku semakin kuyu, maka aku pon terus nak menyelubungkan badan aku dengan selimut. Hehe meaning that aku nak tdo! C ya, spakanoi na nochi, ahlal ahlam !