Harini bangun cam biasa, siap2 dan terus gi ke psychiatry clinic dekat Duwar Qubbah. Tdo 3 jam lebih je mlm tadi, jadi terasa sangat mengantuk tapi kucekalkan hati demi permata ilmu di dada ahahaha. Harini cases yang ada agak basic je, ada yang mania, ada yang depressed dll, takde pon yang aggresive.
Pastu terus balik rumah, ada orang tu tengah sibuk nak buat blog, pilih skin bagai nak rak, kejap nak tukar ni kejap nak tukar yang tu. Usaha gigihnya akhirnya dihadiahkan dengan tempat pertama di dlm ranking "insan pilihan" di blog wenkt. Pastu tdo jap, bangun dan terus main tenet. Pastu dinner. Arie ni Fird masak lauk kari plus sambal myanmar kot, dun really know. Huhu.
Lepas dinner tetibe Afiq datang mengajak membeli hadiah utk seseorang. Bufday dia, aku pun bersetuju utk kongsi, jadi lepas solat isya' aku pun meluru menahan taxi yang berwarna kuning untuk ke Safeway (nama satu supermarket kat sini dan tidak sampai tahap mall) diikuti oleh Acap Afiq dan Awe. Terus beli coklat galaxy sekotak berharga JOD XX utk hadiah tu. Pastu aku pun teringat smlm harijadi rijal maka terus beli coklat gak tak ingat jenama dia. Pastu round2 pusing2 safeway sampai tingkat 3 di mana budak2 ni boros plak berbelanja. Maka apabila nak bayar, mrasalah membayar JOD 45 kot aku pun tak ingat utk beberapa jenis items sahaja haha. Padan. Nasib baik aku beli sket je barang.
Pastu aku pun balik rumah, pastu naik ke bilik dan wali pun datang nak mengambik naruto manga 3 bulan yang lalu huhu. Pastu aku pun terus bermain tenet sampai sekarang.
Besok last day untuk aku gi psychiatric rounds, kene start packing malam besok sbb awal2 lagi pagi rabu dah nak bertolak ke alex. Hurm am i ready for the journey? Tepuk dada tanya selera.
Nite everybody, sweet dreams, ahlal ahlam, spakanoi na nochi!
new update :
1) nadbinti's new blog, check it out by clicking on her name in the link column.
2) quote of the day (should be renamed as quote of the week haha)