![]() | ||||||||||||||||||
|
Masa Yang Lama Tiada Updatenya (terjemah daripada long time no update boley?) Salam and greetings (selamat sejahtera dan griting) Lamenye tak update akhir2 ni, been busy (sibuk) dengan pelbagai perkara ok. Malahan sekarang masih dalam mood (moda) menulis dalam BM sebab mencintai bahasa Melayu boley? Ape2 pon, mari aku memberi konklusi terhadap seminggu lalu ok~~
Maka giliran aku membentang seminar jatuh pada hari Rabu depan (sehari sblm exam) bertajuk Lutut (knee) dan segala anatomi, fisiologi, patologi, farmacologi dan apa2 sahaja berkaitan dengan lutut. Bahkan terasa sangat malas. Tapi ape yang utama adalah pusingan tulang temulang ni memang sangat susah sebab tak taula, sejak dulu mmg tak suka tulang, sendi2 dan juga ligamen2nya dll. Maka aku terpaksa menabahkan diri demi nusa bangsa dan negara
Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Yang Esa karena dengan ijinNya jua, pasukan kami berjaya merangkul Piala Presiden PERMAI kali ini setelah menewaskan Pasukan Acap Hazim dan Munir yang memberikan tentangan yang sangat hebat sekali. Tetapi nasib menyebelahi diri. Dengan tajuk "Internet di kalangan remaja ibarat cocacola menghilangkan dahaga", pertandingan dilangsungkan di dalam dewan Al-Farabee Universitas Yarmouk dan disaksikan oleh warga Irbid. Tepukan hadirin dan sokongan hadirin nyata menyebelahi kumpulan acap hazim dan munir, namun kami tidak gentar sama sekali. Dan lebih menggembirakan, Aizat Amiruddin, Perdana Menteri kumpulan kami berjaya merangkul piala Pendebat Pilihan (penonton) dan Pendebat terbaik. Memang tidak dapat dinafikan, beliau adalah pendebat taraf kebangsaan, dan tiada siapa yang mampu menewaskannya. Tahniah ~~ Keputusan diumumkan semasa hari keluarga PERMAI keesokan harinya. Malam tadi kebanyakan peserta debat makan bersama2 di popeye dan membincangkan kelemahan masing2. Menang dan kalah tak penting, tapi semangat juang itu yang lebih utama. ![]() piala pusingan katanya maka perlu pulangkan setahun lagi hohoyeah ![]() dipotong dari gambar bergerak (video) maka kualitinya kurang (thanks to amirah azizah)~~ yeah ku julang julang 3) Hari Famili PERMAI Hari ini merupakan hari yang menyeronokkan karena kesemua warga PERMAI berkumpul. Dibahagikan kepada 4 kumpulan, kesemua ahli PERMAI menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan dan dimulakan dengan perbarisan masuk ke gelanggang. Disebabkan keadaan tak mengijinkan maka aku tak dapat menyertainya, tetapi tetap datang waktu tengahari dan telah ditohmah oleh orang ramai kerana bersikap kera sumbang tak menyertai. malahan sila sedar, bukan ku pinta itu yang terjadi, tetapi masa yang menjadi saksi. ![]() pasukan rambutan gading sebab warna kuning katanya chudnaya kartina mereya radna (sajak ukraine) ![]() kumpulan telaga biru katanya hohoyeah (aku kumpulan hijau) ![]() ini adalah mando (tengah) hazim (baju merah ) dan adek ijat (baju biru) di mana gambar seblm2 ni dia yang berikan padaku Ada update dlm sehari lebih lagi, entry yang sangat special berkenaan blog aku. Nantikan~~. Tu saja kot. Maka izinkan aku untuk mengundur diri. Jumpa lagi di tika masa menjelma. Kalau ada kesempatan, pasti akan aku melompat2 ke blog2 kamu (bloghopping) tanda ukhwah abadi, memandangkan peperiksaan akhir berada di bucu korner sahaja (around the corner). Salam jauh tetapi mesra selamanya, hata di Irbid 1524 | baez-kun at 4:19 PM
Comments:
Post a Comment
|
(There is no flooble chatterbox with this id. It may have been deleted, or never existed. You can sign up for a new account if you wish.)
| ||||||||||||||||
hata®design |