![]() | ||||||||||||||||||
|
Mari Belajar Bahasa Rojak (part one) Perkataan2 ni diadaptasi daripada pelbagai sumber dan diasimilasikan dalam kehidupan seharianku, maka credits kepada mereka yang telah menyumbangkannya. 1) motif (daripada ihab) ada empat maksud yang jelas lagi nyata a) digunakan untuk mempersoalkan sesuatu atau tindakan seseorang, digunakan di awal ayat b) digunakan untuk memprotes atau menangkis tuduhan seseorang c) digunakan secara solitari (bersendirian) untuk menegaskan ayat pernyataan d) digunakan untuk memaksudkan bahawa orang tersebut bermaksud sedemikian contoh: a) motif tak pergi kelas pagi tadi? b) motif aku pulak yang ko kata bgn lambat? c) kan ada kelas besok, tapi nape download movie? motif? d) nape ko cakap camtu, ko memang motif! 2) motif + ikan emas (daripada mando) ikan emas sangat pelupa sehingga dikatakan punyai memori 3 saat sahaja, maka digunakan motif ikan emas untuk menyindir orang yang mudah lupa contoh : a) owh bukan pagi tadi daku dah bagitau ke yang bleach no 79 dah keluar? motif ikan emas? 3) motif + barangan pegun di sekeliling anda termasuk apa yang ada di atas meja (daripada nad) ia digunakan ketika chatting pabila sa-saorang itu tidak melayan ape yang kita tulis lebih daripada 30 saat tanpa memberitahu BRB atau sebagainya. barangan tersebut mestilah dijelaskan skali sifatnya tetapi sbg syarat, barangan tersebut mestilah pegun seperti jam loceng, cawan harry potter, cd kosong dan lain lain contoh a) hellooooooo... motif pen biru jenama uncommon yang dah hilang penutup? b) owh, motif mangkuk maggie makan pagi tadi tapi belum basuh? c) alo alo motif duit syiling ada 5 keping atas meja baki tambang bas tadi? 4) sila sedar (daripada miruL) perkataan sila digunakan untuk menyuruh orang yang kita sedang bercakap dengannya supaya kembali kepada realiti dan tidak terawang awangan (dengan cara berhikmah) contoh a) aku exam lusa ok, jadi mmg tak dapat pergi ke majlis malam tadi, sila sedar~~ b) sila sedar yang awak tu budak2 lagi ok~~ ~bersambung boley?~ | baez-kun at 4:14 PM
Comments:
Post a Comment
|
(There is no flooble chatterbox with this id. It may have been deleted, or never existed. You can sign up for a new account if you wish.)
| ||||||||||||||||
hata®design |