| ||||||||||||||||||||
|
Majlis Khatam Quran dan Berbuka Puasa Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) ari ni menganjurkan program berbuka puasa dan khatam quran hari ni, melibatkan semua penduduk Malaysia kat Irbid ni. Program ni bertempat kat dewan makan Al-Farabi, Universiti Yarmouk. Dalam tentatif program, mula pukul 2.45 pm sbenarnya (sejurus selepas solat asar) sebab ada program khatam quran skali tapi ntah nape sampai kol 3.30 pm pun orang tak datang2 lagi, last2 pukul 4.00 pm baru mula hehe (tunggu ketibaan pengarah MSD Jordan). Ada bunga telur cam kat Mesia masa buat majlis khatam quran ni. Lepas program khatam quran ni ada perasmian Majlis Kaunseling Pelajar (MEKAP), tapi aku pun tak tau sgt ape kah program sbenarnye program ni, tengok je la nanti,curious gak *curiosity kills the cat.. Ada ucapan sket dari Pengarah MSD, pastu buka pose!! Tak semua pun datang, ada yang ada hal la, itu lah ini lah, walhal makan bukanla lame sangat, datang makan berbuka tak sampai sejam pun! Makanan ringan termasukla kurma dan kuih burger Malaysia (yang dalam dia inti ikan bilis tuh). Cadangan memula nak tunggu bubur lambuk siap, jadi solat maghrib dulu baru makan makanan berat, tapi skali plak ada pengumuman makan je nasik tuh, ape lagi, maka makanla kami dengan rakusnya hehe. Lauknya arie ni ayam masak merah, dan ruz mandee (nasik mandee) dan sket sayur. Best la, terer chef dier masak walaupun bulan puasa nie (chef dia lelaki, harap maklum). Abis makan bergambar2 jap pastu balik, masa balik tengok bubur lambuk baru sampai, alamak, kesiannye pd mereka yang penat2 masak, jadi kene bungkusla dan agihkan kat rumah2 sekitar Irbid nie. Dah pengakhir ramadhan rupernye, camane diri kita ek?? bace quran ade yang sempat tido (lakonan semata²) haha makanan VIP yang lagi best makanan budak2 yang simple hehe lepas habis makan, saje² bergambar, tu ada bunga telur kat tepi
| baez-kun at 12:25 AM Majlis berbuka di JUST
Semua budak Malaysia dijemput tapi tak semua pun pergi, ada yang busy nak exam la, ada yang itu ada yang ini, jadi dlm lebih kurang separuh je yang pergi. Bertolak guna bus JUST sendiri yang disediakan kat bus station, bertolak dalam pukul 4.00 pm sampai JUST dalam pukul 4.30pm (lagi stengah jam nak berbuka). Terus meluru masuk dalam dewan makan cari tempat yang sesuai, duduk beramai2 budak2 Malaysia je . Antara menu hari ni termasukla khubuz dan hommous (roti arab dan tempat nak cecah dia diperbuat dr kacang kuda yang dikisar dan diproses camane ntah) ni utk appetizer rasanye. Main menu dia adalah nasi maghlubah (dimasak dgn ayam), berlaukkan daging bakar dan ayam masak rempah teknik steak plus side dishes cam salad etc. Minuman yang disediakan termasukla air tamar hindi (asam jawa) 100% asli (macam ye je asli tp tertulis kat bekas dia asli), pastu air gas ngan air kosong. Memula mmg cam tamak rasa tak cukup je sepinggan, tapi bile dah makan, kenyang sangat plaks, tu la ikut nafsu makan mrasalah binasa! Utk dessert, disediakan kuih (ada 3 jenis). Aku habis je makan, best, tapi orang lain yg dah kenyang tu rugila ko haha.. Aturcara dia - ade ucapan dari wakil univ, ada dari wakil pelajar, ada persembahan sajak, kuiz la dll (tak participate pon hehe). Abis makan meluru ke musolla utk solat maghrib kat JUST then terus balik ke rumah. Sampai2 rumah dah mula tarawih, jadi terus meluru buat kali ketiga bagi entry kali ni. Konklusi dia memang best makanan dia, jadi kalau tahun depan ada lagi, nak pergi lagi hehe.. mrasalah baca kupon jemputan dalam bahasa arab bergambar sblm masuk dlm dewan makan muka aku terlindung dek sepe'i best sangat nasik ni, rase cam nak makan stiap ari plak (daging tu daging kambing hehe sbb ada je orang yang tak makan daging kambing) dessert yang memikat sanubari..memang best giler on the way balik dari solat, gelap dan sunyi
| baez-kun at 11:09 PM
Ovarian Cysts Harini bersemangat bangun awal pagi nak ambik case baru kat hospital. Memula nak ambik sorang patient yang ada carcinoma of the cervix skali dia orang dr Greece lak, tak tau english, arab pun kurang. Terus ambik case Ovarian Cyst. Summary of the case : Miss Khulud Obeidat, 34 yrs old female, single, a factory worker was admitted into the hospital 2 days ago, suspected from endometriosis and ovarian cysts. She had persistent irregular menses for the last two years after having the removal of a 7.4 cm right ovarian cyst two years ago. She did undergo laparoscopy yesterday, and was diagnosed to have adhesions and bilateral ovarian cysts. Upon physical examination, she did really well today - normal vital signs, but with slight abdominal tenderness on the suprapubic region upon superficial and deep palpation. Blood was taken for analysis. She was given IV injection of analgesia today to relieve the pain. She'll be discharged and put on elective adhesiolysis procedure later on. Doc cam kurang puas hati, mane taknye, history aku mmgla tak lengkap (lambat ambik jadi tak sempat siapkan history), jadi memandai2 la tambah positive signs etc haha.. mrasalah doc menghentak2 buku kat meja hehe. Nasib baik summary je dia mintak jd tak payahla nak present case panjang2 dgn analysis of chief complaint etc.. Tak sempat tengok file pesakit ni pun sebab tergesa2. hehe. Mrasalah bangun lambat lagi.
| baez-kun at 10:32 PM Baru lepas berbuka Baru lepas berbuka, lauk kari masakan sepe'i plus sayur ulam. Hari ni tak byk bende berlaku pun, tapi tetibe cam takut plak sbb exam dah nak tibe (lepas raya) tapi tak habis2 baca lagi, banyak sangatla :p Apepun hari ni macam the previous days, pagi gi kelas, pastu ada seminar, pastu ada lecture. Arie ni malas nak ambik patient, pakai history smalam gak, jadi masa presentation tu doc haifa' suruh la sesaper volunteer present case, ada dua orang dak perempuan (aayat dan rasha) berios ckp ngan doc suruh aku plak, sedangkan history aku tak complete, terus berbuat2 bising supaya doc tak terpengaruh dengan bebudak 2 orang tu. Haha kesal betol aku. Seminar (bdk2 yang present) pasal Antenatal Care. Balik rumah terus tido sampai dah nak berbuka, camtula lebih kurang seharian dalam waktu weekdays ni. Besok ada berbuka puasa utk foreign students kat JUST, bawah tajaan Rais Jamiah (The President of JUST), taktau la nak pegi ke tak, pengangkutan disediakan, cuma takde mood sangat nak pegi, tengokla, kalau sampai seru, aku pegi la kot hehe, kalau tak, berbuka kat rumah je la. p/s: skarang ada restoran baru kat duwar naseem, ramai je bdk Melayu gi makan kat situ, try tengah malam tadi (malas nak sahur), ok gak la.. tak ambik history jadi dok lepak kat tempat kosong, note Cindy with the black suit bile ada arrythmias? seminar! camni la bebudak arab yang cam kecoh2 sblm mula seminar..ntahla kat kedai baru tuh, makan nasik, lauk kari ayam :) mrasalah ambik gambar dengan dek am (peminat mawi - amat kesal) ketika makan halawiyat masa baru lepas tarawih | baez-kun at 6:20 PM Another typical day Today was uneventful, nothing much had happened, except for another typical boring day in KAUH. Harini sahur makan kuih jek, tak sempat nak masak (sebenarnye telur dah abis kat dapur, lupe nak beli), pas sahur tido balik, terjaga lewat (kol 7.35 am) sedangkan rounds mula kol 8.00. Tergesa-gesa mandi air sejuk (heater rosak plak tetibe haha), trasa macam terkena frost bite lak tulang temulang aku hehe. Sampai hospital kol 8.45 am, tawakkal je la tak ambik history, nasib baik doc memang tak tanya history kat aku, kalo tak ntahla, tak tau nak jawab ape hehe. Rounds abis cepat dlm kol 11.15 am, tunggu lecture kol 12.30 pm. Lecture arie ni pasal multiple gestation. Tak elok la rupenye kalo sorang pregnant woman tu didiagnose anak kembar dua/tiga/etc sbb dia mempunyai risiko tinggi utk abort, congenital anomalies kat anak dia, vulnerable utk dapat other diseases of pregnancy (eclampsia etc) dll lagik. Hari ni berbuka makan lauk semalam jek (rumah 3 orang je tapi sekali masak sekor ayam, jadi byk lebih). Arinie rasa mengantuk aku luarbiasa, terus tdo lepas tarawih dan ni baru terbangun. Alang-alang dah terjaga, terus tdo lepas sahur la kot. *mrasalah chat ngan khalikok yg setiap malam online p/s: taken from faez's front room window apartment dpn umah aku sunyi sepi sbb skarang dah kol 1.30 am (bilik abg rahhim masih menyala & lampu lip lap aizat sempena raya dah tutup plak). Kat bangunan ni ramai orang Malaysia duduk, ada 5 rumah, jadi senang tinjau dari tingkat aku ape yg diorang buat hehe) sunyi jugak
| baez-kun at 1:11 AM
Hata's comment : Taken from Kuzer's Blog, this is fun but OMG, What? My blog fits BLUE? I was kinda hoping to get an exotic one (gold or violet or cyan) haha. Whatever lah, but really, I do love and will stick to white and black, old monochrome one which plays the past sweet reminiscenes again and again :)
| baez-kun at 3:27 PM The Green Valley Harini kene masak, tibe plak giliran aku masak, masak simple je, ayam masak kesuma (kurma + sup) ngan sayur goreng belacan (pakai perencah adabi hehe). Lewat sket masak harini, kol 3.40pm kot baru mula masa sebab sibuk cakap ngan khalikok yang nak set up kan blog dia hehe *matila walaupun dah lama tp tak letak tagboard lagi Sepertimane biasa, lepas je tarawih kitorang terus pegi kedai Sahlul Akhdar (Green Valley). Kedai ni tak jual ape2 pun melainkan manisan2 yang macam2. Ada berjenis2 sgt manisan2, ada yang tak pernah cube lagi pun. Dan seperti biase gak aku order Kishnah (sejenis manisan dua lapis, dengan lapisan susu di bawahnye plus lapisan manisan di atas lapisan pertama tadi). Warna dia warna oren, best sgt2 sampai ketagih setiap malam heheh. Silelah tengok gambar kedai sahlul akhdar tue.. p/s: dah brape entry aku letak gambar makanan, biaselah, bulan puase heheh :) bleh baca tak tulisan sahlul akhdar dalam arab tu? ni la khisnah berharga JOD 0.35 sepiring, tapi cukup dah tue, lelebih karang kene diabetes pulak ni la rupe kedainye yang senantiase ramai pengunjung (dah memang arab suka makan manisan)
| baez-kun at 9:08 PM
Midnight Sahoor Arie ni tak masak utk berbuka, makan kat luar, jadinye takde ape nak makan utk sahur, terusla makan kat luar dlm kol 1.00 am tadi. Kat sini takde masalah, ada je kedai makan buka sampai ke subuh, nak bagi orang bersahur la kot. (Pls note that imsak kat sini kol 4.00 am) Jadi aku pun pegi ngan Zharif (budak Mu'tah univ) ke Abu Mahmood Restaurant. Sgtla femes dengan sandwichnye yang beraneka macam. Ada sandwich shish tawooq (ayam potong kecik2, dirempah dan dipanggang), ada syawarma (daging letak dalam roti), ada kebab, ada sosej goreng dan banyak lagik. Kat sana jumpa ramai budak Malaysia ni, diorang rupenye mmg sahur kat sini. Aku je yang 1st time sahur kat kedai. Anyway terjumpa jugak Musaddeq dan Dzulkarnain, kitorang duduk berempat semeja. Aku order Shish Tawooq ngan segelas shai bilhaleeb (teh susu). Semuanya berharga JOD 0.75 (sila darab dengan RM 5.4). Campur empat orang tadi berjumlah JOD 3.75. Oklah, kenyang gak dan teralas la perut ni. At least sahur gak *matilah khalikok yang binge eating masa berbuka puasa itu hehe. Selamat bersahur kpd semua!!
| baez-kun at 1:45 AM Taj Mahal
hmm mrasalah tengok bil yang bertulis arab tapi tak tercatat harga haha ni pulak sepinggan nasi beriyani hindi dengan ayam (penuh sangat pinggan tuh) wajibah (hidangan) lengkap satu set makanan berharga JOD 1.70 satu set (JOD 1 = RM 5.40) | baez-kun at 7:46 PM
CoKLaT CiLi!! (Credit to Hapiddah) Entry ni khas didedikasikan buat HAPIDDAH, my ex classmate masa form 3 Ikhlas kat SHAMS dulu, terkenal dengan nama ketsilpopon! Hehe. Lost contact semenjak dia masuk MRSM kat Terengganu, tapi jumpa balik masa kat INTEC, dia nak ke Korea pulak. Dah lama nak post entry ni (masa guna frenster blog tapi malas pulak...) Last summer, ada lah budak Korea bernama kuzer khairazi mendatangkan diri ke Jordan dengan satu niat yg suci, niat ape, tanye tuan punye badan hehe. Nanti aku buat entry khas pasal Kuzer nih. Yang membuatkan aku terharu bila ada pulak cenderahati yang dikirimkan oleh Hapiddah ni. 2 mende. One nice box of coklat cili (made in Korea) dan tempat sangkut2 kat hset (tak tau ape istilah dia) yang berupakan cili 6 bijik (tapi dah pecah satu tinggal lima) haha.. Dengar pun pelik, ape bendenye coklat cili nie. Ia (mane bleh guna ia utk benda, marah cikgu azizah nanti) sebenarnye coklat tp intinya ada sikit cili/pepper or whatever la, tapi yang pentingnye bile makan je, 5 saat lepas tu terasa la kepedasannya. Exotic it is, tp aku suka! Disebabkan ketakjuban aku terhadap coklat tu, maka aku pun memberi kepada semua orang yang aku jumpa termasuk Kuzer yang beriya2 nak rasa haha. Ape2 pun thanks a bunch, dan kirim la lagi kalo senang :) Semoga Hapiddah terus maju cemerlang dalam ape jua yang diceburinye. OK! Adios kotak yg blom dibuka, tengokla penyangkut hset yang berupa cili2 merah yg comel tuh nila rupe coklat cili tue.. dalam proses membuka ta da.. ada 12 coklat cili dalam kotak ni.. rasa satu pasti nak lagi.. | baez-kun at 1:46 AM A tiring day in KAUH (King Abdullah University Hospital)
masa nak masuk labour room outpatient department (El-Eiyaadah) of KAUH surau ada kat basement floor, tak penah explore pun bahagian nie betapa lengangnye dunia.. takde orang lak masa ni ni la blue hall, see those blue seats hehe, dengan lampu malapnye menyebabkan aku terlena seketika & masa ni takde orang lagi sbb aku awal giler sampai | baez-kun at 4:52 PM AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN Prologue : Ramadhan tiba lagi setelah setahun berlalu. Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk sekali lagi mengecapi nikmat Ramadhan, bulan yang dilipatgandakan segala amalan, bulan di mana ditutup serapat-rapatnyapintu neraka, dibukakan seluas-luasnya pintu syurga, bulan yang penuh dengan seribu satu nikmat dan barakah... Tahun ni merupakan tahun kelima aku berpuasa di perantauan. Hmm, 5 tahun lamenye tak rasa berbuka di Malaysia, lima tahun tak bertarawih di Malaysia, dan yang paling penting, 5 tahun tak berpuasa bersama keluarga di Malaysia. Kalau dibandingkan sambutan ramadhan di Jordan dan di Malaysia, memang banyak sungguh bezanya, dari segenap segi. Antaranya termasuklah
Kat sini selepas tarawih setiap malam (biasanya tamat jam 8.00pm) ada kumpulan2 tadarus yang dibentuk untuk komuniti Melayu kat sini, kemuncaknya adalah khatam al-Quran di akhir Ramadhan nanti. Hujung-hujung minggu pulak ada kuliah ramadhan. Terisi jugak la Ramadhan kat sini, ihya' ramadhan!
Selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua! Kullu sanah waantum bikher!
| baez-kun at 5:33 PM 0058 hrs... The night is still young and full of promises, for those who believe in it. Well, I've just completed the design of my brand-new blog hehe..
pintu gerbang JUST di malam hari, sunyi sepi | baez-kun at 1:08 AM |
| ||||||||||||||||||
hata®design |